MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Perjanjian damai serlah komitmen bersama selesai pertelingkahan - PM Thailand
Sihasak Phuangketkeow (foto) menyifatkan KL Peace Accord sebagai pencapaian penting yang mencerminkan komitmen Thailand dan Kemboja untuk menyelesaikan pertikaian secara aman. -Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Thailand Sihasak Phuangketkeow menyifatkan Perjanjian Damai KL dimeterai antara negaranya dengan Kemboja sebagai satu pencapaian penting yang mencerminkan komitmen kedua-dua negara untuk menyelesaikan pertelingkahan mereka secara aman.
Ringkasan AI
Beliau berkata perjanjian berkenaan menandakan pencapaian penting yang membuka laluan ke arah keamanan.
"Ia selari, sudah tentu, dengan sikap Thailand yang berterusan untuk menyelesaikan hubungan antara kedua-dua negara secara aman melalui perbincangan dua hala.
"Kami juga percaya apa yang telah dipersetujui memperlihatkan keikhlasan dan komitmen Kemboja untuk berganding bahu dengan Thailand ke arah menuju keamanan dan kerjasama," katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian perjanjian damai berkenaan yang diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Thailand dan Kemboja menandatangani perjanjian damai yang dikenali "KL Peace Accord", menandakan langkah rasmi untuk menamatkan pertelingkahan dan memulihkan keamanan di kawasan sempadan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara itu.
Perjanjian berkenaan ditandatangani Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet dengan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Sihasak turut menghargai peranan Anwar dan Trump atas peranan penting mereka dalam memudahkan rundingan dengan Kemboja, sambil menekankan meskipun Malaysia dan AS berperanan sebagai pengantara, rundingan itu tetap dijalankan secara dua hala.
"Ini bukan soal pengantaraan pihak ketiga. Kami sentiasa percaya pertikaian ini sebaiknya diselesaikan secara dua hala," katanya sambil menambah kedua-dua negara kini berkongsi tanggungjawab untuk melaksanakan komitmen mereka bagi memastikan keamanan dan keselamatan di sepanjang sempadan.
Beliau berkata perjanjian terbabit bagi menangani isu penting termasuk meredakan ketegangan di sempadan, pengunduran senjata berat, operasi penghapusan periuk api dan membanteras aktiviti seperti penipuan di sempadan.
"Perkara yang perlu dilakukan kini sedang giat dijalankan. Panglima tentera kedua-dua negara telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan tentang pengunduran senjata berat," katanya.
Hal ini juga, katanya akan membuka laluan kepada pembebasan 18 anggota tentera Kemboja yang ditahan oleh pasukan Thailand semasa pertembungan singkat baru-baru ini.
Thailand dan Kemboja telah lama terjebak dalam konflik mengenai sempadan sepanjang 817 kilometer dengan ketegangan terkini pada 24 Julai lepas, yang mencetuskan konfrontasi ketenteraan.
Pada 28 Julai, Anwar menganjurkan mesyuarat penting di Putrajaya antara Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai, yang berjaya meredakan ketegangan di sempadan bersama kedua-dua negara.
Perjanjian damai itu, yang dianggap sebagai pencapaian besar ASEAN, berjaya menghalang konflik ketenteraan daripada merebak dan memastikan keselamatan ribuan orang awam.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Thailand Sihasak Phuangketkeow menyifatkan KL Peace Accord sebagai pencapaian penting yang mencerminkan komitmen Thailand dan Kemboja untuk menyelesaikan pertikaian secara aman.
- Perjanjian tersebut membuka laluan ke arah keamanan dan kerjasama serantau melalui perbincangan dua hala.
- Majlis pemeteraian berlangsung di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur, menandakan langkah rasmi memulihkan keamanan di kawasan sempadan yang dipertikaikan.