MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Perjanjian timbal balas dengan AS tidak jejas kedaulatan Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, Malaysia turut memperoleh keuntungan dari segi akses pasaran yang lebih baik berbanding yang dipersetujui sebelum ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang ditandatangani dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebaliknya Malaysia turut memperoleh keuntungan dari segi akses pasaran yang lebih baik berbanding yang dipersetujui sebelum ini.
"Jika anda melihat perjanjian itu, ia menghormati kedaulatan kedua-dua negara, kita tidak akan menandatangani sesuatu yang akan menjejaskan kedaulatan negara kita.
"AS telah menawarkan akses pasaran yang lebih baik dan terjamin berbanding komitmen awal kita," katanya pada sidang media hari ini.
Malaysia berpuas hati dengan perjanjian perdagangan yang dicapai dengan AS, katanya.
Tengku Zafrul berkata perjanjian berkenaan yang memastikan persekitaran dagangan lebih terbuka akan meningkatkan keyakinan pelabur sekali gus menjadikan syarikat AS lebih berminat untuk mengembangkan operasi mereka di Malaysia.
-- BERNAMA