MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: PM Anwar zahir takziah pemergian konduktor orkestra Majlis Makan Malam Gala
Allahyarham Mohd Yazid Zakaria ketika mengetuai persembahan sewaktu Majlis Makan Malam Gala ASEAN pada Isnin. - Gambar/FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Konduktor Orkestra Tradisional Malaysia di Istana Budaya, Mohd Yazid Zakaria yang disifat merupakan satu kehilangan besar buat dunia seni tanah air.
Perdana Menteri menerusi satu hantaran di Facebook berkata, Allahyarham bukan hanya seorang konduktor berbakat malah merupakan insan seni berjiwa luhur yang menjadikan muzik sebagai wahana menyatukan hati dan memperindah jiwa bangsa.
“Menerima khabar duka, pemergian Mohd Yazid Konduktor Orkestra Tradisional, insan yang bertanggungjawab mengetuai persembahan sewaktu Majlis Makan Malam Gala ASEAN baru-baru ini," kata Anwar dalam coretan di platform media sosial milik beliau.
Majlis itu menjadi platform bagi diplomasi budaya yang menonjolkan semangat keterangkuman dan solidariti dalam keluarga ASEAN.
Allahyarham dilaporkan rebah semasa menerima rawatan di klinik sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada tengah hari, Rabu.
Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban bagi mengesahkan punca kematian.
Perdana Menteri menerusi satu hantaran di Facebook berkata, Allahyarham bukan hanya seorang konduktor berbakat malah merupakan insan seni berjiwa luhur yang menjadikan muzik sebagai wahana menyatukan hati dan memperindah jiwa bangsa.
“Menerima khabar duka, pemergian Mohd Yazid Konduktor Orkestra Tradisional, insan yang bertanggungjawab mengetuai persembahan sewaktu Majlis Makan Malam Gala ASEAN baru-baru ini," kata Anwar dalam coretan di platform media sosial milik beliau.
Allahyarham dilaporkan rebah semasa menerima rawatan di klinik sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada tengah hari, Rabu.
Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban bagi mengesahkan punca kematian.
#Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
#Majlis Makan Malam Gala ASEAN
#Konduktor Orkestra Tradisional Malaysia
#Mohd Yazid Zakaria