MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: PM Thailand batal kehadiran susulan kemangkatan Ratu Sirikit
Seorang wanita memegang potret Sirikit susulan pengumuman kemangkatan baginda, di luar Hospital Peringatan Raja Chulalongkorn, Bangkok, Thailand, 25 Okt 2025. REUTERS
PERDANA Menteri Thailand Anutin Charnvirakul membatalkan lawatan beliau ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Malaysia susulan kemangkatan Ratu Sirikit.
Perkara itu diumumkan jurucakap kerajaan Siripong Angkasakulkiat pada Sabtu.
Kabinet dijadual bermesyuarat pada pagi Sabtu untuk membincangkan urusan pengebumian.
Terdahulu, bekas Ratu Thailand, Sirikit, dilaporkan mangkat pada usia 93 tahun di Hospital Peringatan Raja Chulalongkorn pada Jumaat.
Baginda difahamkan menghadapi pelbagai masalah kesihatan, termasuk jangkitan aliran darah. - Agensi
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini