Berita Terkini ASEAN25: Polis tak benar perhimpunan di Ampang Park, saran lokasi lain

Fadil berkata, polis telah mengadakan perbincangan dengan penganjur dan menawarkan beberapa lokasi alternatif yang lebih sesuai seperti Dataran Merdeka dan Padang Merbok.
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membenarkan perhimpunan aman yang dirancang sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Ampang Park esok diteruskan atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.
Ringkasan AI
- Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak membenarkan perhimpunan aman anjuran sebuah NGO di Ampang Park esok atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam kerana lokasi tersebut berada dalam zon sensitif sempena Sidang Kemuncak ASEAN.
- Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata perhimpunan itu terlalu hampir dengan hotel penginapan delegasi dan polis telah menawarkan lokasi alternatif seperti Dataran Merdeka dan Padang Merbok, namun penganjur enggan berpindah.
- PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi menjaga imej negara sebagai Pengerusi ASEAN dan memastikan keselamatan delegasi antarabangsa.
Beliau menjelaskan, polis telah mengadakan perbincangan dengan penganjur dan menawarkan beberapa lokasi alternatif yang lebih sesuai seperti Dataran Merdeka dan Padang Merbok.
“Namun, penganjur masih berhasrat untuk meneruskan program mereka di Ampang Park. Saya ingin menegaskan supaya semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya, kita tidak membenarkan perhimpunan di Ampang Park esok,” katanya.
Fadil menambah, polis akan mengambil langkah tegas bagi menghalang mana-mana pihak daripada menyertai perhimpunan tersebut, selaras dengan keperluan menjaga ketenteraman serta keselamatan negara, selain imej Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
"Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana individu atau kumpulan yang didapati melanggar peraturan selaras dengan peruntukan undang-undang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya lagi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


