Berita Terkini ASEAN25: Presiden Korea Selatan berlepas pulang

Lee berlepas pada 4 petang selepas upacara permaidani merah dan istiadat kawalan kehormatan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. - Foto Bernama
SEPANG: Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung berlepas pulang pada Isnin selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur.
Ringkasan AI
- Lee Jae Myung berlepas pulang selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, menandakan kunjungan pertama beliau ke Asia Tenggara sejak dilantik.
- Lee mencadangkan penganjuran sidang khas sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik, serta menyasarkan peningkatan lawatan timbal balas dan perdagangan dua hala.
- Seoul berhasrat memperkukuh keselamatan maritim, memerangi jenayah rentas sempadan dan menyokong bantuan bencana demi kestabilan Asia Tenggara.
Lawatan dua hari Lee ke Kuala Lumpur menandakan kunjungan pertama beliau ke Asia Tenggara sejak memegang jawatan pada Jun.
Lee yang menghadiri sidang kemuncak itu buat julung-julung kalinya, antara lain menyentuh mengenai inisiatif Seoul untuk memperkukuh Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang dimeterai dengan ASEAN tahun lepas,
Beliau turut mencadangkan penganjuran sidang kemuncak khas Korea-ASEAN pada 2029 sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik.
Menerusi inisiatif itu, Lee berkata Korea Selatan berhasrat memperluas lawatan timbal balas kepada 15 juta orang setiap tahun dan meningkatkan perdagangan dua hala kepada AS$300 bilion, di samping memainkan peranan lebih aktif dalam memerangi jenayah rentas sempadan, memperkukuh keselamatan maritim serta menyokong bantuan bencana bagi menjamin keamanan dan kestabilan serantau.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

