MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Rusia dan Malaysia bincang isu tenaga dan logistik
Selain isu perdagangan, Overchuk turut menyatakan isu pelbagai dua hala yang lain turut dibincangkan namun beliau tidak mendedahkan secara terperinci. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Kerjasama sektor tenaga dan pembangunan rantaian bekalan logistik merupakan antara perkara yang dibincangkan antara Rusia dan Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di ibu negara, pada Isnin.
Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexey Overchuk berkata perkara tersebut dibincangkan semasa pertemuan antara beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kami turut berbincang kerjasama dalam sektor tenaga serta memperkenalkan inisiatif kami dalam pembangunan rantaian bekalan logistik antara utara dan selatan Eurasia,” katanya.
Selain itu, kedua-dua pihak turut berbincang mengenai perdangan dua hala serta perdagangan antara Malaysia-Rusia.
“Tahun ini, perdagangan kami dengan Malaysia menunjukkan pertumbuhan yang baik, (walaupun) tahun lalu, ia mencatat sedikit penurunan,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Isnin.
(Menurut portal Russiapivotasia, perdagangan dua hala antara Malaysia dan Rusia terus berkembang pada 2025, mencatat pertumbuhan 32.1 peratus setahun kepada AS$2.47 bilion bagi lapan bulan pertama tahun tersebut.)
Selain isu perdagangan, Overchuk turut menyatakan isu pelbagai dua hala yang lain turut dibincangkan namun beliau tidak mendedahkan secara terperinci.
Dalam masa sama, beliau turut menyentuh mengenai isu nuklear di mana di rantau Asia dilihat menunjukkan minat terhadap teknologi baharu reaktor modular kecil (small modular reactors).
“Ketika ini, kami sedang membina satu lagi (reaktor) di Rusia serta mempunyai perjanjian eksport untuk membina reaktor modular kecil di Asia,” katanya.
Rusia juga memiliki pengalaman yang luas dalam penjanaan tenaga nuklear, menjadikannya rujukan utama dalam projek tenaga berskala besar.
“Kami telah memanfaatkan pengetahuan serta kepakaran tersebut untuk membantu negara lain, dan bekerjasama dengan banyak negara dalam melaksanakan projek pembinaan loji tenaga nuklear di seluruh dunia,” tambahnya.

#sektor tenaga dan pembangunan rantaian bekalan logistik
#isu nuklear
#Alexey Overchuk
#Rusia
#Anwar Ibrahim