MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Rusia gerakkan pelaburan dan teknologi nuklear di rantau Asia
Menurut Overchuk, hubungan perdagangan yang sedang dibina antara kedua-dua pihak juga bakal membawa manfaat bersama. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Negara anggota ASEAN merupakan rakan strategik Rusia sebagai pusat ekonomi dunia tatkala perhatian dunia kini tertumpu ke arah rantau Asia.
Menurut Timbalan Perdana Menterinya, Alexey Overchuk mengambil kira peralihan ekonomi dunia itu, Rusia sedang menggerakkan pelaburan untuk mengeratkan hubungan antara Rusia dan ASEAN.
“ASEAN merupakan rakan yang sangat penting, jelas sekali, pusat ekonomi dunia kini sedang beralih ke rantau ini dan kami sedang melabur dalam memperkukuh keterhubungan antara Rusia dan rantau ini,” katanya.
Menurut beliau, hubungan perdagangan yang sedang dibina antara kedua-dua pihak juga bakal membawa manfaat bersama.
“Kami (Rusia) percaya hubungan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua pihak boleh membawa manfaat bersama,” katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di ibu negara, pada Isnin.
Overchuk turut menyuarakan hasrat dan aspirasi beliau mengenai pembangunan nuklear di rantau Asia.
“Rusia memiliki pengalaman yang luas dalam penjanaan tenaga nuklear, dan kami telah memanfaatkan pengetahuan serta kepakaran tersebut untuk membantu negara lain.
“Di rantau Asia juga terdapat minat mendalam terhadap teknologi baharu reaktor modular kecil (small modular reactors) … kami kini sedang membina satu lagi di Rusia serta mempunyai perjanjian eksport untuk membina reaktor modular kecil di Asia,” tambahnya.
Rusia telah menjadi rakan dialog penuh ASEAN sejak 1996 dan terus memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor sepert tenaga, pertanian, dan infrastruktur yang merupakan bidang utama dalam kerjasama ini.
Pada September 2025, Rusia merancang memperkukuh kerjasama ekonomi jangka panjang dengan ASEAN melalui pelan tindakan perdagangan dan pelaburan baharu yang dijangka dilaksanakan dalam jangka masa 10 tahun kehadapan.
Malah, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz turut menyatakan Russia kini rakan dagang ke-10 terbesar ASEAN dan sumber FDI ke-11 terbesar dalam kalangan rakan dialog pada 2024.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini

#Berita Terkini ASEAN25
#Alexey Overchuk
#hubungan Rusia dan negara anggota ASEAN
#pembangunan nuklear di Asia