MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: "Saya sanjung Anwar, beliau pejuang keadilan sejagat" - Lula
Lula dan Anwar ketika sidang media bersama di Kompleks Seri Perdana, di sini, pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian
PUTRAJAYA: Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pejuang yang berjiwa besar dalam menegakkan keadilan sejagat serta menamatkan penderitaan rakyatnya.
Ringkasan AI
Beliau berkata, setiap ungkapan yang dituturkan itu bukan merupakan teks ucapan rasmi tetapi ia adalah luahan yang ikhlas dari hati.
“Ketika saya bertemu dengan sahabat saya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, saya tahu bahawa saya sedang berhadapan dengan seorang teman sejati, seorang yang pernah dianiaya, seperti saya pernah dipenjarakan.
“Beliau seseorang yang mempunyai tekad untuk berjuang demi keadilan dan menamatkan penderitaan rakyatnya,” katanya dalam sidang media bersama Perdana Menteri, di Kompleks Seri Perdana, di sini, pada Sabtu.
Lula berkata, kehadirannya ke Malaysia bukan sekadar bagi memperkukuh hubungan diplomatik, tetapi untuk membawa mesej kemanusiaan, keamanan dan keadilan sejagat.
“Saya datang ke sini bukan semata-mata untuk hubungan perdagangan. Saya datang kerana percaya bahawa nilai insan tidak boleh dikalahkan oleh kejahatan. Kita memerlukan keamanan, bukan peperangan, kita perlu perdagangan bebas, bukan perlindungan diri, kita mahu lebih banyak makanan dan hentikan kebuluran,” ujarnya.
Beliau menegaskan, tugas utama seorang pemimpin adalah menjaga rakyat terutama dalam kalangan mereka yang paling lemah dan tersisih.
“Saya dilahirkan di sebuah bandar di mana kanak-kanak mati kelaparan sebelum berumur lima tahun. Saya hanya merasai sepotong roti buat kali pertama ketika sudah besar. Pengalaman itu membuatkan saya bertekad untuk memperjuangkan mereka yang tersisih, rakyat yang hidupnya diabaikan seolah-olah tidak wujud,” ujarnya.
Lula turut menzahirkan kekaguman terhadap Malaysia yang disifatkannya sebagai contoh pembangunan pesat dan negara yang menunjukkan kepimpinan jelas di rantau ini.
Terdahulu, kedua-dua pemimpin itu menyaksikan pertukaran lima memorandum persefahaman (MoU), tiga berkaitan industri semikonduktor, satu mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan kerjasama antara badan pemikir.
Antara lain ialah pertukaran Nota Diplomatik antara Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) dan Instituto Rio Branco, serta Surat Hasrat (Letter of Intent) antara MARDI dan EMBRAPA.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Ringkasan AI
- Presiden Brazil, Luiz Incio Lula da Silva menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pejuang berjiwa besar dalam menegakkan keadilan sejagat, sambil menyatakan kehadirannya ke Malaysia membawa mesej kemanusiaan, keamanan dan keadilan, bukan sekadar hubungan perdagangan.
- Lula berkongsi pengalaman hidupnya yang penuh kesusahan sebagai motivasi perjuangan membela golongan tersisih, dan menzahirkan kekaguman terhadap Malaysia sebagai contoh pembangunan pesat serta kepimpinan jelas di rantau ini.
- Kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran lima MoU melibatkan industri semikonduktor, STI dan kerjasama badan pemikir, termasuk antara IDFR dan Instituto Rio Branco serta antara MARDI dan EMBRAPA, sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala.