MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Sultan Brunei berangkat pulang
Sultan Hassanal Bolkiah (kanan) menghadiri beberapa mesyuarat peringkat tinggi bersama para pemimpin Asia Tenggara dan rakan dialog. - Foto Bernama
SUBANG: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat pulang selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Kuala Lumpur, hari ini.
Pesawat yang membawa baginda bertolak pada 5.30 petang selepas upacara pelepasan pulang berserta hamparan permaidani merah dan kawalan kehormatan dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapt Mohd Aznizam Azmin.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut hadir di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini untuk mengiringi keberangkatan pulang Sultan Brunei dan delegasi baginda.
Sultan Hassanal Bolkiah menghadiri beberapa mesyuarat peringkat tinggi bersama para pemimpin Asia Tenggara dan rakan dialog bagi membincangkan isu utama serantau dan global, selain menegaskan semula komitmen Brunei untuk memperteguh perpaduan dan kerjasama ASEAN.
Sidang kemuncak itu, yang bermula Ahad dan berakhir hari ini, diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan".
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini