MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Timor-Leste mahu luaskan perdagangan, pelaburan selepas sertai ASEAN - Ramos-Horta
Ramos-Horta berkata Timor-Leste berhasrat mewujudkan persekitaran pelaburan yang lebih mesra dan kompetitif bagi menarik rakan serantau, terutamanya dalam bidang infrastruktur, pelancongan dan teknologi digital. -Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Anggota baharu ASEAN, Timor-Leste, berhasrat memperluas perdagangan dan menarik lebih banyak pelaburan asing daripada negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, dalam sektor infrastruktur, pelancongan, teknologi digital, petroleum dan pendidikan.
Ringkasan AI
Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta menyeru negara anggota ASEAN meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan negara itu, sambil menegaskan bahawa penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN membuka potensi besar untuk pertumbuhan ekonomi dan kerjasama serantau.
Dalam wawancara eksklusif bersama Bernama selepas penyertaan bersejarah negaranya sebagai anggota ke-11 ASEAN semalam, Ramos-Horta berkata Timor-Leste berhasrat mewujudkan persekitaran pelaburan yang lebih mesra dan kompetitif bagi menarik rakan serantau, terutamanya dalam bidang infrastruktur, pelancongan dan teknologi digital.
"Keanggotaan ASEAN membawa banyak peluang, namun manfaatnya hanya akan dapat diraih jika kita benar-benar berusaha untuk merebutnya," katanya.
"Kita mesti menggalakkan pelaburan dari negara ASEAN dengan menyediakan insentif, perlindungan dan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk perkongsian strategik," tambahnya.
Semalam merupakan hari bersejarah bagi ASEAN apabila menyaksikan peluasan pertama blok itu dalam tempoh 26 tahun.
Penyertaan rasmi Timor-Leste sebagai anggota ke-11 ASEAN dimuktamadkan menerusi pemeteraian Deklarasi Kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN semasa pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.
Ramos-Horta berkata Timor-Leste juga ingin memperkukuh hubungan ekonomi dengan Malaysia, yang disifatkannya sebagai rakan kongsi strategik dalam bidang perdagangan, infrastruktur dan pendidikan.
Beliau berkata kerajaan Timor-Leste mengalu-alukan penyertaan Malaysia dalam projek peluasan lapangan terbang, pembangunan kemudahan pelancongan serta projek infrastruktur lain yang penting bagi pembangunan ekonomi negara itu sebagai anggota baharu ASEAN.
Malaysia sebelum ini banyak membantu Timor-Leste melalui program pembinaan kapasiti, termasuk tiga siri penempatan khas bersama Wisma Putra tahun ini, serta penubuhan Unit Timor-Leste di Sekretariat ASEAN di Jakarta.
Malaysia merupakan negara ASEAN pertama membuka pejabat perhubungan di Dili pada 2001 dan menubuhkan kedutaannya pada 19 Mei 2002, sehari sebelum kemerdekaan rasmi Timor-Leste.
Perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencapai RM85.68 juta pada 2024, dengan Malaysia menjadi pengeksport utama pelbagai produk ke Timor-Leste.
Ramos-Horta berkata ekonominya juga sedang mencari pelabur baharu, termasuk Petronas, untuk membangunkan medan gas Greater Sunrise yang dianggarkan mempunyai 5.1 trilion kaki padu gas dan 226 juta tong kondensat.
Beliau turut menjelaskan rancangan kerajaan untuk memodenkan pentadbiran awam serta memperkukuh modal insan bagi menyokong perdagangan dan produktiviti negara.
"Kami bercadang melatih semula sebahagian penjawat awam dan menghantar golongan muda ke luar negara bagi menimba kemahiran dalam bidang teknologi, kejuruteraan dan pertanian," katanya.
"Mereka boleh bekerja di Australia, Korea Selatan atau Jepun - mempelajari etika kerja dan disiplin - dan apabila pulang, membawa pulang ilmu serta modal untuk dilaburkan semula dalam ekonomi negara," katanya.
Ramos-Horta menegaskan bahawa penyertaan Timor-Leste dalam ASEAN bukan sekadar untuk menerima manfaat, tetapi juga bagi menyumbang kepada kemakmuran dan kestabilan serantau.
"Kami ingin mendapat manfaat daripada ASEAN, namun pada masa sama kami juga mahu menyumbang - melalui keamanan, kestabilan dan kerjasama," katanya.
"Negara kami memiliki antara biodiversiti marin terkaya di dunia. Saya mengalu-alukan anak muda Malaysia, Singapura dan Thailand yang gemar menyelam untuk datang ke Timor-Leste, mengenali negara kami dan menyumbang kepada ekonomi tempatan."
Ramos-Horta berkata keanggotaan ASEAN akan memperkukuh penyertaan Timor-Leste dalam rangka perdagangan serantau serta meningkatkan keyakinan pelabur antarabangsa.
"Rantaian yang hilang dalam perjalanan diplomatik dan ekonomi kami ialah ASEAN, dan kini, bulatan itu telah lengkap," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Presiden Timor-Leste Jose Ramos-Horta menyeru negara ASEAN termasuk Malaysia untuk memperluas perdagangan dan pelaburan dalam sektor utama seperti infrastruktur, pelancongan, teknologi digital, petroleum dan pendidikan.
- Beliau menegaskan bahawa penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN membuka peluang besar untuk pertumbuhan ekonomi dan kerjasama serantau, serta menyasarkan persekitaran pelaburan yang lebih mesra dan kompetitif.
- Ramos-Horta turut menyatakan komitmen negaranya untuk menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran ASEAN, sambil mengalu-alukan pelaburan Malaysia dalam projek strategik dan pembangunan modal insan Timor-Leste.