awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Trump adakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 26-27 Okt - Wisma Putra

Bernama
Bernama
25/10/2025
02:20 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Trump adakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 26-27 Okt - Wisma Putra
Trump akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 26 hingga 27 Okt 2025 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dari 26 hingga 27 Okt 2025 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20 atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN 2025.
Menurut Wisma Putra dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ini merupakan lawatan pertama Trump ke rantau Asia Tenggara sejak dipilih sebagai Presiden AS ke-47 pada Januari lepas.
Anwar dan Trump dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat dua hala pada 26 Oktober.
"Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan serta hubungan antara rakyat selaras dengan Perkongsian Komprehensif Malaysia-AS," katanya.
Katanya kedua-dua pemimpin turut dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama serta menandatangani beberapa dokumen penting yang meliputi bidang perdagangan dan keselamatan.
"Lawatan ini dijangka memperkukuh lagi hubungan antara Malaysia dan AS serta membuka lembaran baharu ke arah peningkatan tahap hubungan dua hala yang lebih strategik," katanya.
Menurut Wisma Putra, hubungan dua hala antara Malaysia dan AS kekal kukuh sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1957.
AS antara rakan dagang dan pelabur terbesar Malaysia, dengan jumlah perdagangan bernilai RM324.91 bilion (US$71.39 bilion) pada 2024.
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Donald Trump
#lawatan rasmi
#Hubungan dua hala
#sidang kemuncak ASEAN-AS
#ASEAN25
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan