MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: Trump puji peranan Malaysia dalam rundingan gencatan senjata Thailand-Kemboja
Trump bercakap kepada pemberita di dalam pesawat rasminya, Air Force One, sejurus berlepas dari Washington sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, 25 Okt 2025. (Foto AP)
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memuji peranan penting Malaysia dalam memudahkan rundingan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja bagi memulihkan keamanan di sepanjang kawasan sempadan yang menjadi pertikaian.
Trump berkata beliau memutuskan untuk memasukkan Malaysia dalam lawatan serantau beliau sebagai pengiktirafan kepada diplomasi aktif Malaysia dalam membantu menguruskan gencatan senjata itu.
"Saya memberitahu pemimpin Malaysia (Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang merupakan seorang yang sangat baik, saya berkata, 'Saya rasa saya wajar membuat lawatan ke sini,’ dan sebab itulah kami singgah di Malaysia.
"Malaysia memainkan peranan yang sangat besar (dalam gencatan senjata Thailand-Kemboja),” katanya kepada pemberita di dalam pesawat rasminya, Air Force One, sejurus berlepas dari Washington sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Pesawat Air Force One yang membawa Trump dan delegasinya dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 10 pagi ini, dan beliau akan disambut oleh Anwar di Kompleks Bunga Raya.
Sementara itu di laman Truth Social, Trump berkata beliau dalam perjalanan ke Malaysia untuk menyaksikan pemeteraian perjanjian damai bersejarah antara Thailand dan Kemboja.
“Saya kini dalam perjalanan ke Malaysia, saya akan menyaksikan pemeteraian Perjanjian Damai hebat, yang saya dengan bangganya menjadi perantara antara Kemboja dan Thailand.
“Dukacitanya, Bonda Ratu Thailand (Sirikit Kitiyakara) baru sahaja mangkat. Saya merakamkan takziah kepada seluruh rakyat Thailand atas kehilangan besar ini. Saya akan bertemu dengan Perdana Menteri mereka yang hebat sebaik sahaja kami tiba,” katanya.
Satu perisytiharan bersama mengenai gencatan senjata dijangka ditandatangani hari ini antara Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja Hun Manet di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.
Majlis pemeteraian itu akan disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi ASEAN, serta Trump.
Thailand dan Kemboja telah lama berselisih mengenai sempadan sepanjang 817 kilometer, dengan ketegangan terbaru membawa kepada konfrontasi ketenteraan pada 24 Julai.
Pada 28 Julai, Anwar menganjurkan mesyuarat penting di Putrajaya antara Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand ketika itu, Phumtham Wechayachai, yang berjaya meredakan ketegangan di kawasan sempadan kedua-dua negara.
Gencatan senjata itu, yang dilihat sebagai satu pencapaian besar ASEAN, berjaya mengelakkan peningkatan konflik ketenteraan yang lebih meluas serta memastikan keselamatan ribuan penduduk di kedua-dua belah sempadan.
Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dari 26 hingga 28 Okt di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
-- BERNAMA
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini