MALAYSIA
Berita Terkini ASEAN25: UKM kukuh peranan jadi institusi pemikir ASEAN
Sufian (kanan) bersama Tetsuya selepas menandatangani MoU di Kuala Lumpur pada Sabtu.
KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus mengukuhkan peranannya sebagai institusi pemikir serantau dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA), badan antara kerajaan yang berpangkalan di Jakarta dan dianggotai oleh 16 negara di rantau ini.
Ringkasan AI
Menurut Naib Canselor UKM, Prof Sufian Jusoh, kerjasama tersebut bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara UKM dan ERIA dalam membentuk dasar-dasar ekonomi, perdagangan dan pelaburan di bawah rangka kerja ASEAN 2025 dan ASEAN Vision 2045.
“MoU ini akan mengeratkan lagi hubungan UKM dengan ERIA sebagai badan antarabangsa di bawah ASEAN.
"Kami bekerjasama rapat dalam menyiapkan beberapa priority economic deliverables bagi pihak kerajaan Malaysia dan ASEAN, termasuk ASEAN Framework for Integrated Semiconductor Supply Chain yang telah diluluskan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN baru-baru ini, serta pembangunan ASEAN EV Battery Passport,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani MoU bersama Presiden ERIA Tetsuya Watanabe di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Tambah beliau, melalui kerjasama ini, penyelidik UKM turut memainkan peranan penting dalam menyokong inisiatif ASEAN Zero Emission Community (ASEC) dan agenda ekonomi hijau serta digital, termasuk kajian berkaitan teknologi solar, tenaga hidrogen dan inovasi semikonduktor.
“Antara kelebihan utama MoU ini ialah penyelidik UKM dapat menggunakan rangkaian ERIA di 16 negara. Baru-baru ini, kami berpeluang ke Jepun, Itali dan Switzerland untuk meninjau teknologi kuantum, semikonduktor serta pembangunan start-up di universiti antarabangsa.
"Melalui jaringan ini, kita dapat membangunkan kepakaran tenaga baharu, ESG, serta ekonomi digital untuk diterapkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di negara-negara ASEAN lain,” jelasnya.
Sufian berkata, inisiatif tersebut juga akan membuka peluang kepada penyelidik dan pelajar UKM untuk menyertai program penyelidikan antarabangsa, selain melatih pegawai-pegawai ASEAN termasuk dari Timor-Leste, bagi memperkukuh keupayaan mereka melaksanakan dasar serantau yang telah ditetapkan.
Kerjasama strategik ini menjadikan UKM antara institusi akademik utama yang memainkan peranan langsung dalam membentuk hala tuju dasar ekonomi ASEAN, khususnya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, ekonomi digital dan kelestarian serantau.
Ringkasan AI
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam pembentukan dasar ekonomi, perdagangan dan pelaburan di bawah ASEAN 2025 dan ASEAN Vision 2045.
- Naib Canselor UKM, Prof Sufian Jusoh berkata kerjasama ini melibatkan penyediaan priority economic deliverables seperti ASEAN Framework for Integrated Semiconductor Supply Chain dan ASEAN EV Battery Passport, serta sokongan terhadap inisiatif ASEAN Zero Emission Community (ASEC) dan agenda ekonomi hijau serta digital.
- MoU ini membuka peluang kepada penyelidik dan pelajar UKM menyertai program penyelidikan antarabangsa serta melatih pegawai ASEAN termasuk dari Timor-Leste. UKM turut memanfaatkan rangkaian ERIA di 16 negara untuk membangunkan kepakaran dalam tenaga baharu, ESG dan ekonomi digital.