MALAYSIA
[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Abu Bakar Ellah antara calon awal tiba di Dewan Sri Lamag
Ini merupakan penyertaan kedua Abu Bakar dalam PRN Sabah selepas percubaan pertama pada 2004 atas tiket Bebas, namun tewas kepada calon BN, Johnny@Juni Intang. - Foto Astro AWANI
KINABATANGAN: Calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Abu Bakar Ellah, menjadi antara calon awal yang tiba di Dewan Sri Lamag, Kinabatangan, untuk proses penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Abu Bakar yang merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut tiba pada jam 7.42 pagi dengan mengenakan persalinan berwarna coklat.
Ini merupakan penyertaan keduanya dalam PRN Sabah selepas percubaan pertama pada 2004 atas tiket bebas, namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Johnny@Juni Intang yang berjaya memperoleh 3,897 undi.
Pada 13 November lalu, KDM mengumumkan Abu Bakar yang juga dikenali sebagai “Ampal”, sebagai antara 40 calon yang diketengahkan KDM dalam PRN kali ini.
Beliau yang merupakan penyanyi dan komposer pernah meraih tempat ketiga dalam sebuah program realiti nyanyian anjuran stesen televisyen tempatan dan dikenali ramai melalui penglibatannya dalam bidang seni hiburan tanah air, khususnya di Sabah.
DUN Kuamut disandang oleh Datuk Masiung Banah, yang menang atas tiket Bebas pada PRN16 dengan majoriti 978 undi dalam saingan lima penjuru.
Sebelum itu untuk tiga penggal sebelumnya, Mansiung berjaya mengekalkan kemenangannya di atas tiket BN.
Namun pada kali ini, Mansiung akan bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini