[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Hajiji tiba berbaju Melayu ungu, sedia pertahan kerusi Sulaman
![[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Hajiji tiba berbaju Melayu ungu, sedia pertahan kerusi Sulaman [BERITA TERKINI] PRN Sabah: Hajiji tiba berbaju Melayu ungu, sedia pertahan kerusi Sulaman](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-11/61763169729_penamaancalonprn.jpg)
Hajiji yang berbaju Melayu warna ungu, tiba di Dewan Seri Sulaman, Tuaran, kira-kira jam 8.55 pagi diiringi ribuan penyokong GRS. - Foto Astro AWANI
TUARAN: Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Seri Sulaman dibuka rasmi pada jam 9 pagi hari ini, menyaksikan kemunculan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor yang hadir bagi mengemukakan borang pencalonannya.
Ringkasan AI
- Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Seri Sulaman dibuka rasmi pada jam 9 pagi dengan kehadiran Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor, yang akan mempertahankan kerusi DUN Sulaman pada PRN17.
- Datuk Joniston Bangkuai dan Dr. Bonaventure Boniface turut hadir bagi penamaan calon GRS bagi DUN Kiulu dan Tamparuli.
- Proses penamaan calon berjalan lancar bagi empat kerusi DUN: Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli, dan Kiulu, dengan kemasukan calon dari pelbagai parti politik.
Turut hadir bersama beliau ialah calon GRS bagi DUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; serta Dr Bonaventure Boniface (Tamparuli).
PPC Dewan Seri Sulaman melibatkan penamaan calon bagi empat kerusi DUN iaitu Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli dan Kiulu.
Pada PRN16, DUN Kiulu dimenangi Joniston dengan majoriti 1,221 undi.
Manakala, DUN Tamparuli dimenangi oleh Datuk Jahid Jahim (Parti Bersatu Sabah) dengan majoriti 3,517 undi.
Sementara, DUN Pantai Dalit dimenangi oleh Jasnih Daya daripada Barisan Nasional (BN), dengan majoriti 3,794 undi.
Proses penamaan calon berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 pagi, sebelum pengesahan senarai calon bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

