MALAYSIA
[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Merayakan demokrasi, Sindumin dijangka rekod pertembungan 10 penjuru
Yamani (baju Melayu biru) diiringi pencadang dan penyokong beliau tiba di Pusat Penamaan Calon Dewan Serbaguna Sipitang pagi ini. - Foto Astro AWANI
SIPITANG: Suasana di Pusat Penamaan Calon (PPC) Dewan Serbaguna Sipitang pagi ini meriah dengan kehadiran ribuan penyokong pelbagai parti sempena penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
PPC ini menyaksikan penamaan calon bagi dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Lumadan dan Sindumin di bawah Parlimen Sipitang.
Kali ini, Sindumin antara kerusi yang mencuri tumpuan selepas 10 calon tampil menawarkan diri dengan bekas Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Yamani Hafez Musa antara yang terakhir bersedia di hadapan dewan tersebut.
Antara calon yang bakal bertanding di Sindumin ialah daripada Perikatan Nasional (PN), Dayang Nor Syafiqah Abdul Hamid, calon Parti Warisan, Yusri Pungut dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Sani Miasin.
Seterusnya, Parti Impian Sabah yang mengumumkan akan bertanding di kesemua 73 kerusi pula mempertaruhkan Markus Buas, Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Kanafia Bujang, Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) Jeffridin Baudi @ Fauzi Rahman, manakala Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menampilkan, Moktar Matussin.
Selain itu, terdapat dua calon bebas yang dimaklumkan bertanding di Sindumin iaitu Maria Samuel dan Abdillah Jalaf Abdillah AJ.
Jika kesemua 10 nama calon tersebut disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas selesai proses penamaan calon jam 10 pagi ini, ia bermakna terdapat empat pertambahan calon berbanding enam calon yang berentap di Sindumin pada PRN16.
Bagi kerusi Lumadan yang mempertaruh sembilan calon pada PRN16, kali ini dijangka berlaku pertembungan tujuh penjuru.
Setakat pengumuman calon sebelum ini, ia membabitkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional, Parti Impian Sabah, Parti Warisan, Parti Perpaduan Rakyat Sabah, KDM dan STAR, tidak termasuk calon bebas yang mungkin tampil saat akhir.
SPR menetapkan 25 November ini sebagai undi awal, manakala 29 November sebagai hari pengundian.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini