MALAYSIA
[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Proses penamaan calon bermula, 73 kerusi jadi rebutan
Petugas SPR membuat persiapan akhir proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Arena Masyarakat Semporna semalam. Tiga DUN di bawah Parlimen Semporna ialah N.64 Sulabayan, N.65 Senallang dan N.66 Bugaya. -- fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bermula secara rasmi hari ini, dengan tempoh ditetapkan selama satu jam dari 9 pagi hingga 10 pagi.
Ringkasan AI
Sebanyak 25 Pusat Penamaan Calon (PPC) dibuka bagi membolehkan penyerahan borang pencalonan dilaksanakan di seluruh negeri.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kertas penamaan calon hendaklah diserahkan kepada pegawai pengurus pilihan raya di PPC, oleh pihak calon, pencadang dan penyokong.
Borang penamaan juga boleh diserahkan oleh mana-mana satu atau dua orang daripada mereka.
SPR turut menasihatkan semua bakal calon agar mengisi borang pencalonan lebih awal, membuat semakan dengan pejabat SPR setempat dan menyelesaikan bayaran deposit sebelum hari penamaan bagi mengelak sebarang kesulitan.
Calon-calon yang ingin bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu membayar deposit pilihan raya sebanyak RM5,000, manakala RM3,000 untuk deposit bahan kempen.
Jelas SPR, calon akan terlucut hak ke atas wang deposit tersebut sekiranya mereka tidak memperoleh lebih daripada satu per lapan daripada jumlah bilangan undi yang diperoleh oleh semua calon dalam bahagian pilihan raya itu.
Selain itu, bakal-bakal calon mewakili mana-mana parti politik hendaklah mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan kertas penamaan calon.
Tempoh berkempen akan bermula sebaik sahaja pengisytiharan calon disahkan dan berlangsung selama 14 hari, sehingga 11.59 malam pada 28 November.
Seramai 1,784,843 pengundi layak mengundi dalam PRN kali ini, terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera dan pasangan, serta 12,729 anggota polis dan pasangan.
Setakat ini, PKR mengumumkan 12 calon dan DAP tujuh calon, semuanya bertanding di bawah gabungan Pakatan Harapan (PH).
Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon di 45 kerusi manakala Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan bertanding di 55 DUN.
Sementara itu, Parti Warisan, Parti Impian Sabah, dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah masing-masing akan bertanding di semua 73 DUN, diikuti Perikatan Nasional (41 DUN), STAR (46 DUN), KDM (40 DUN), Parti Kerjasama Anak Negeri (26 calon), SAPP (enam calon) serta 17 calon Bebas yang bergerak di bawah platform "Gelombang Hitam".
SPR menetapkan 25 November ini sebagai undi awal, manakala 29 November sebagai hari pengundian.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Ringkasan AI
- Proses penamaan calon PRN Sabah ke-17 bermula hari ini, dengan tempoh satu jam dari 9 pagi hingga 10 pagi di 25 Pusat Penamaan Calon (PPC) di seluruh negeri.
- SPR menasihatkan calon membayar deposit pilihan raya RM5,000 untuk DUN dan RM3,000 untuk bahan kempen, dengan risiko kehilangan deposit jika tidak memperoleh jumlah undi yang ditetapkan.
- PKR dan DAP mengumumkan calon di bawah PH, sementara BN bertanding di 45 kerusi dan GRS di 55 DUN, manakala beberapa parti lain turut bersaing dalam PRN Sabah ke-17.