MALAYSIA
[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Pusat Penamaan Calon ditutup 10 pagi
Suasana Dewan SRJK (C) Yuk Chin yang dijadikan pusat penamaan calon bagi PRN Sabah ke-17 DUN N.70 Kukusan, N.71 Tanjung Batu, N.72 Merotai dan N.73 Sebatik di Tawau hari ini. -- fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Semua 25 pusat penamaan calon (PPC) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 ditutup pada 10 pagi ini, selepas dibuka selama sejam bermula 9 pagi tadi.
Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) di PPC masing-masing.
Dengan berakhirnya proses penamaan calon itu, maka bermulalah kempen PRN Sabah selama 14 hari seperti ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), iaitu hingga 11.59 malam pada 28 Nov.
Tinjauan Bernama di beberapa PPC mendapati terdapat penyokong calon yang datang ke PPC dengan memakai pakaian tradisi kaum masing-masing.
Keadaan di PPC juga aman dan terkawal dengan tiada pihak yang membuat provokasi hasil kawalan rapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
SPR menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Sabah pada 25 Nov dan hari pengundian pada 29 Nov.
Sebanyak 1,784,843 pengundi layak menjalankan tanggungjawab mereka yang terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera bersama pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan.
Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini