[TERKINI] Penamaan Calon PRN Sabah Bermula – Siapa Bakal Bertanding? Ikuti Perkembangan Terkini di Sini!
MALAYSIA

[BERITA TERKINI] PRN Sabah: Yamani Hafez dicabar sembilan calon di Sindumin

Khalis Khadir 15/11/2025 | 03:36 MYT
Yamani Hafez (dua, kanan) bersama sebahagian daripada 10 calon yang akan bertanding pada PRN Sabah ke-17 di DUN Sindumin. - Foto Astro AWANI
SIPITANG: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin menyaksikan saingan 10 penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan berlangsung pada 29 November ini.

Anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman iaitu Datuk Yamani Hafez akan dicabar sembilan calon lain selepas pencalonan mereka disahkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) Sipitang, Abdul Karim A.M Zahari.

Sembilan calon lain ialah daripada Perikatan Nasional (PN), Dayang Nor Syafiqah Abdul Hamid, calon Parti Warisan, Yusri Pungut dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Sani Miasin.

Seterusnya, Parti Impian Sabah pula mempertaruhkan Markus Buas, Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Kanafia Bujang, manakala Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menampilkan, Moktar Matussin.

Selain itu, terdapat tiga calon Bebas yang turut berentap di kerusi Sindumin iaitu Wilson Liou, Ibrahim Tuah dan Abdillah Jalaf Abdillah AJ.

Pengesahan oleh SPR sebentar tadi sekali gus bermakna terdapat empat pertambahan calon berbanding enam calon yang berentap di Sindumin pada PRN16, dimenangi calon Parti Warisan, Datuk Yusof Yacob.




#DUN Sindumin #penamaan calon PRN Sabah #PRN Sabah #10 penjuru #Yamani Hafez Musa