PUTRAJAYA: Pertubuhan Berita Nasional (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Penerangan (JaPen) perlu memperkukuhkan kerjasama dalam merangka strategi bagi menangkis berita palsu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi Digital (KKD) di sini hari ini, Fahmi berkata selaku agensi di bawah KKD, ketiga-tiga agensi tersebut perlu menjadi barisan hadapan dalam menangkis sebarang maklumat tidak tepat di media sosial dan media arus perdana secara segera.
Katanya, perkara itu perlu diberi perhatian serius bagi mengelak berlaku salah faham dan kekeliruan yang berpanjangan dalam kalangan masyarakat ekoran penyebaran berita dan maklumat palsu.
"Ada keperluan RTM, Bernama dan JaPen jalin kerjasama erat untuk segera tangkis tohmahan atau maklumat yang tidak berasas kerana ia boleh cemar maruah dan menimbulkan persepsi tidak baik. Ini bukan hal politik tetapi hal kenegaraan.
"Kita mesti bersifat proaktif untuk tambah baik penyampaian perkhidmatan awam, saya minta kita budayakan amalan menyemak kesahihan sesuatu maklumat atau berita sebelum dikongsi," katanya.
Bagi tujuan sama, Fahmi ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Parlimen pada Selasa (19 Sept) telah menyatakan persetujuan dan akan meneliti cadangan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail supaya RTM mewujudkan siaran khusus bagi semakan berita fitnah agar ia boleh dirujuk secara harian.
"Mungkin kita akan wujudkan slot baharu, contohnya 'Fitnah Apa Hari ini', untuk jawab dan tangkis berita palsu supaya tidak berlaku salah faham dalam kalangan rakyat," katanya.
Mengulas video yang tular mengenai kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' yang didakwa tidak lagi dibaca ketika majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Fahmi berkata kalimah tersebut sememangnya tidak dilafazkan oleh Ahli Parlimen ketika mengangkat sumpah.
Sebaliknya, katanya kalimah berkenaan hanya dilafazkan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri ketika mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
"Saya telah teliti beberapa majlis mengangkat sumpah (Ahli Parlimen) yang diadakan sebelum ini. Maka jelas tidak ada 'Wallahi Wabillahi Watallahi' dalam majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, bukan hanya dalam penggal ini malah dalam penggal-penggal sebelum ini," katanya.
Semalam, tular sebuah video yang memaparkan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim meminta penjelasan mengenai kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' tidak dilafazkan Naib Pengerusi Amanah Johor Suhaizan Kaiat ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata KKD akan melaksanakan penambahbaikan dalam penganjuran Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) bagi 2024 bagi merancakkan lagi acara sambutan hari bersejarah itu.
"Alhamdulillah, HKHM2023 telah diadakan dengan cukup jayanya, ia tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak. Saya terharu dengan kerjasama yang diberikan kerana ini kali pertama saya kemudi kepimpinan di KKD. Insya-Allah, untuk tahun depan, kita akan teliti bagaimana untuk meriahkan lagi kalendar sambutan Bulan Kebangsaan," katanya.
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos lepas dihadiri lebih 100,000 pengunjung, manakala sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan, Kuching pada 16 Sept lepas berjaya menarik kehadiran lebih 5,000 pengunjung.
Tema HKHM 2023 ialah Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Fahmi berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius bagi mengelak berlaku salah faham dan kekeliruan yang berpanjangan dalam kalangan masyarakat ekoran penyebaran berita dan maklumat palsu. - Gambar fail/Bernama

'Look at my face...'
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ yang diibarat seperti 'sehelai jeans lusuh.'

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.
Angka korban di Gaza cecah 17,000
Pencerobohan Israel di Gaza menyebabkan ratusan lagi rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka korban kini melebihi 17 ribu orang, pada Khamis.

Pemergian Abdul Rahman @ Roger kehilangan besar dunia kewartawanan negara
Rakan seperjuangan sifatkan Allahyarham Roger seorang sahabat yang sukar dicari ganti atas kesanggupannya menghulurkan bantuan kepada rakan dan teman sekerja.

Bernama, RTM, JaPen perlu perkukuh kerjasama rangka strategi tangkis berita palsu
Bernama, RTM dan JaPen perlu memperkukuhkan kerjasama dalam merangka strategi bagi menangkis berita palsu.

Tiada kebebasan mutlak, wartawan, organisasi media harus terus tingkat kualiti
Walaupun tidak wujud kebebasan mutlak dalam industri media, wartawan dan organisasi media harus terus meningkatkan kualiti pelaporan berita mereka.

Bekas Pengarang Urusan Bernama meninggal dunia
Arwah yang menghidap pelbagai penyakit, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.48 pagi di klia2.

Personaliti TV Astro AWANI Essan Yahya akhiri zaman bujang
Personaliti Astro AWANI Salehuddin Yahya selamat diijab kabul dengan buah hatinya, Nurul Syaza Mohd Sahaib dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan pada Khamis.

Bernama perjelas isu infografik PKP3 tular
Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad menasihati orang ramai agar memeriksa fakta yang mereka temukan di media sosial.

Tiada 'wahyu', Bernama buat liputan Perhimpunan Agung UMNO secara seimbang
Dakwaan bahawa Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) kononnya menerima 'wahyu' untuk liputan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berlangsung hari ini dan esok, adalah tidak benar.

Bernama boleh bantu artis terkesan COVID-19, kata Ras Adiba
Artis yang berdepan kesukaran akibat hilang punca pendapatan atau masalah kesihatan perlu diberi perhatian sebagai tanda menghargai sumbangan mereka kepada dunia seni negara.

Temu bual eksklusif Muhyiddin Yassin malam ini
Perdana Menteri akan mengupas perincian Belanjawan 2021 serta isu-isu semasa.

Suhaimi Sulaiman hantar surat peletakan jawatan Pengerusi Bernama
Suhaimi Sulaiman hari ini mengesahkan bahawa beliau telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Pengerusi Bernama, berkuat kuasa serta-merta.