awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berpakaian seksi, penganjur pertandingan tarian mohon maaf pada KPM

Astro Awani
Astro Awani
30/06/2019
20:28 MYT
Berpakaian seksi, penganjur pertandingan tarian mohon maaf pada KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia mengesahkan menerima permohonan maaf daripada penganjur pertandingan tarian yang menampilkan peserta persembahan memakai pakaian menjolok mata di sebuah hotel di Ipoh pada Sabtu.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengesahkan menerima permohonan maaf daripada penganjur pertandingan tarian yang menampilkan peserta persembahan memakai pakaian menjolok mata di sebuah hotel di Ipoh, Perak, pada Sabtu.
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching kepada Astro AWANI melalui satu kenyataan media yang dihantar penganjur JJ & Alice Danceworld.
Penganjur pertandingan, JJ & Alice Danceworld dalam satu kenyataan pada Ahad membuat permohonan maaf selepas gagal mematuhi kod pakaian dalam dua majlis iaitu Perak MUDA Medalist Dancesport Competitions 2019 dan 7th Perak Show Dance Champonships 2019.
Alice Ho berkata, KPM dan Persatuan Tarian Malaysia Bersatu (MUDA) telah menyatakan kod pakaian yang harus dipatuhi, namun pihaknya mendakwa terlepas pandang dan tidak memaklumkan perkara itu kepada peserta pertandingan.
Kenyataan media penganjur
Kenyataan media penganjur
“Kami memohon maaf atas kesilapan kami yang telah memberi kesan kepada KPM dan MUDA.
“Kami amat kesal dengan apa yang berlaku terutamanya penyalahgunaan logo KPM sebagai hiasan pentas tanpa membuat sebarang penyelarasan terlebih dahulu,” katanya.
Menurut Alice, dia turut memohon maaf kepada KPM dan MUDA atas segala kesulitan termasuk menjejaskan reputasi dan kedudukan kedua-dua pihak itu disebabkan kesilapan daripada pihaknya.
Terdahulu, gambar-gambar peserta pertandingan tarian itu tular di media sosial dengan rata-rata netizen mengecam tindakan KPM yang dilihat turut terlibat dalam majlis yang dianggap tidak bermoral itu.
KPM telah menerima kecaman selepas didakwa menjalin kerjasama dalam menganjurkan pertandingan tarian tersebut.
Topic Berkaitan
#hotel
#Ipoh
#JJ & Alice Danceworld
#Kementerian Pendidikan
#Maaf
#Medalist Dancesport Competitions 2019
#media sosial
#pakaian menjolok mata
#penganjur pertandingan
#Perak MUDA
#Persatuan Tarian Malaysia Bersatu
#pertandingan tarian
#Teo Nie Ching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan