Bersaing dengan Google? OpenAI dilapor sedang bangunkan enjin carian web

Amanz
Februari 15, 2024 08:24 MYT
Tidak diketahui sama ada OpenAI akan mengintegrasikan ciri ini terus pada ChatGPT, atau hadir dengan sebuah produk baharu. -Gambar fail/Reuters
OPENAI dilapor sedang membangunkan sebuah enjin carian web, yang mana sebahagiannya dikuasakan oleh Bing milik Microsoft.
Ini secara tidak langsung akan membuatkan OpenAI akan bersaing terus dengan Google dalam arena berkenaan.
Pada hari ini, Google mempunyai pegangan majoriti pasaran enjin carian, dan masih sukar untuk dicabar pelbagai pihak, termasuk Microsoft sendiri.
Tidak diketahui sama ada OpenAI akan mengintegrasikan ciri ini terus pada ChatGPT, atau hadir dengan sebuah produk baharu.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan produk baharu OpenAI, dan bagaimana ia mungkin mencorak atau memberi cabaran dalam arena enjin carian. -Amanz
#ChatGPT #OpenAI #Microsoft #Bing #enjin carian web