awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersama bina negara, henti salahkan kerajaan

Sinar Harian
Sinar Harian
30/04/2023
02:50 MYT
Bersama bina negara, henti salahkan kerajaan
Tanggungjawab membina negara bukan sahaja terletak kepada kerajaan tetapi turut dipikul oleh pelbagai kelas masyarakat. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Semua pihak di Malaysia termasuk rakyat dan pengusaha industri perlu bersatu hati membawa negara ini keluar daripada kemelut ekonomi dan tidak boleh lagi sekadar menyalahkan kerajaan semata-mata dalam isu berkenaan.
Pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Noor Azlan Ghazali berkata, tanggungjawab membina negara bukan sahaja terletak kepada kerajaan, akan tetapi turut dipikul oleh pelbagai kelas masyarakat.
“Ramai yang lekas menyalahkan kerajaan, salah pemimpin dahulu dan pemimpin sekarang. Pemikiran kita dibelenggu dengan sempadan yang sempit, mesti salah kerajaan.
“Yang lebih terbelenggu akan melompat ke cerita politik. Itulah segalanya, jawapan untuk Malaysia.
“Saya yakin setiap kita, rakyat, industri atau pemilik firma dan kerajaan semua ada bahagian masing-masing yang membawa Malaysia ke sini. Tidak mungkin kerajaan sahaja,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Tambah Noor Azlan, meskipun tidak semua manfaat pembangunan negara dapat dinikmati oleh semua rakyat, akan tetapi Malaysia mempunyai pengalaman dan asas pembangunan yang hebat.
Jelas beliau, semua pihak kini perlu bersama-sama menyemarakkan usaha membawa keluar Malaysia keluar daripada segala kekurangan ekonomi.
“Malaysia punya pengalaman dan asas pembangunan yang hebat. Kita ada potensi untuk melonjak. Kita ada kekuatan. Masih ada ruang tetapi mesti bermula segera.
“Tanya diri kita, apa yang boleh kita lakukan? Sudahlah berbalah. Cukuplah. Mari bersama kita jaga negara kita,” ulasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bina negara
#Noor Azlan Ghazali
#Masyarakat
#pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan