KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah bahawa ini bukan masa sesuai untuk berebut kuasa dan bersengketa sesama sendiri ketika negara bergelut dengan pandemik COVID-19.
Sebaliknya, baginda bertitah ini adalah masa untuk semua pihak bersatu padu tanpa mengira anutan agama, warna kulit mahupun fahaman politik serta mengamalkan sikap tolong menolong.
"Ini bukanlah masanya untuk merebut kuasa, bersengketa mahupun banyak berbicara tanpa berbuat apa-apa tindakan. Kita harus menang dalam peperangan dengan musuh yang tidak kelihatan ini," titah baginda sempena majlis perasmian sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 2021 secara dalam talian hari ini.
Menerusi titah ucapan yang disiarkan secara langsung di Dewan Auditorium Kolej Universiti Yayasan Pahang itu, Tengku Hassanal turut menyeru semua pihak termasuk kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta termasuk penghulu, ketua kampung serta jawatankuasa masjid dan surau agar sentiasa cakna kepada rakyat yang memerlukan bantuan ketika pandemik.
"Saya tidak mahu ada rakyat saya yang berada dalam kelaparan kerana tidak mempunyai makanan serta keperluan asas untuk meneruskan kehidupan. Satu bakul makanan yang berharga lebih kurang RM100 mungkin kecil pada kita, tetapi pada mereka yang susah, ia amat besar nilainya," titah baginda.
Dalam pada itu, baginda bertitah semangat kejiranan yang tinggi juga dituntut ketika ini apabila anak-anak yang jauh tidak dapat pulang ke kampung manakala saudara-mara juga tidak dapat berziarah.
"Pepatah jangan jaga tepi kain orang mungkin tidak lagi relevan. Saya menasihatkan agar kita semua sentiasa prihatin kepada jiran masing-masing dan berikan bantuan bersesuaian kepada yang memerlukan," titah Tengku Hassanal.
Pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail itu, bekas Kadi Besar Pahang Allahyarham Syed Abdul Rahman Syed Mohammad Benyahya dianugerah Tokoh Maal Hijrah Pahang 2021.
Sementara di Kota Kinabalu dalam majlis sambutan peringkat negeri, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin menyeru umat Islam supaya bermuhasabah, bertaubat dan kembali menghayati bersungguh-sungguh ajaran Islam ketika negara berdepan pelbagai cabaran akibat pandemik COVID-19.
Ini kerana, katanya, ajaran Islam mengandungi pelbagai kaedah serta peraturan yang diturunkan Allah bagi menyejahterakan ummah kerana usaha secara fizikal semata-mata, tidak memadai untuk mengatasi cabaran itu.
"Penting untuk kita lakukan apa yang diperintahkan olehNYA dan tinggalkan apa yang dilarang...kelalaian manusia untuk terus akur dan tunduk kepada peraturan Allah merupakan antara sebab berlaku musibah dan bencana bersilih ganti sejak akhir-akhir ini," katanya.
Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 2021/1443 juga diadakan secara dalam talian dengan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dan Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Arifin Mohd Arif.
Pada majlis itu, bekas Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah Tan Sri Ampong Puyon dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Sabah 2021/144, dan dianugerahkan sijil perhargaan serta wang tunai RM25,000.
Ampong, 82, menerusi interaksi secara sidang video pada majlis itu, berterima kasih atas penganugerahan itu dan menasihatkan semua terutama umat Islam supaya terus mengeratkan silaturrahim dengan semua orang tanpa mengira latar belakang.
Bekas Ahli Parlimen Labuk-Sugut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut itu pernah memegang pelbagai jawatan dalam NGO dan sukan antaranya Pengerusi Dewan Perniagaan Bumiputera Sabah, Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Presiden Persatuan Hoki Sabah dan Presiden Persatuan Tinju Amatur Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 10 2021
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah secara maya dari Istana Abdulaziz ketika merasmikan sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 2021M/1443H, hari ini. - Foto BERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara
Tengku Mahkota Tengku Hassanal berangkat pulang ke ibu negara hari ini.
Telatah Seduku tarik perhatian Tengku Hassanal di Pusat Hidupan Liar Semenggoh
Telatah Seduku, seekor orang utan menarik perhatian Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim ketika melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh.
Tengku Hassanal berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersama Premier Sarawak
Pada majlis santapan itu, baginda dipersembahkan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian tempatan.
Pemangku Raja Pahang berangkat tiba di Kuching untuk lawatan selama lima hari
Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 2.47 petang tadi disambut Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Datuk Dr Hazland Abang Hipni.
Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.
Cabaran besar Pemangku Raja Pahang apabila bawa isu perubahan iklim
Menggembleng tekad politik dalam kalangan wakil rakyat untuk beri keutamaan kepada isu perubahan iklim merupakan cabaran paling besar.
Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.
Pahang ada potensi, aset percepat peralihan hijau - Tengku Hassanal
Pahang mempunyai kelebihan dari segi kawasan tanah yang luas dan aset dilapangan untuk gerakkan usaha peralihan hijau.
COP28: Tengku Hassanal dalam Agenda AWANI esok
Pemangku Raja Pahang mengupas mengenai peranan belia dan cabaran merakyatkan kefahaman mengenai agenda hijau kepada seluruh masyarakat.
Pemangku Raja Pahang kurnia darjah kebesaran, pingat Pahang kepada 198 penerima
Pemangku Raja Pahang,berkenan menyempurnakan penyampaian Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang kepada 198 penerima.