awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu sasar 1 juta ahli menjelang hujung tahun ini

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/09/2020
00:30 MYT
Bersatu sasar 1 juta ahli menjelang hujung tahun ini
Hamzah berkata perkara itu tidak mustahil kerana setakat ini keahlian Bersatu adalah 500,000. - Bernama
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mensasarkan sekurang-kurangnya 1 juta keahlian menjelang akhir tahun ini.
Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin berkata perkara itu dilihat tidak mustahil kerana setakat ini, keahlian Bersatu sudah mencecah setengah juta.
"Kita ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kita diketuai oleh Datuk Seri Azmin Ali yang telah menyertai parti kita.
"Kalau ini berterusan, jangan risau dengan propaganda pihak lain kerana yang penting adalah keikhlasan perjuangan kita," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-4 Bersatu di ibu negara, pada Selasa.
Hamzah dalam pada itu menafikan 70 peratus ahli sudah meninggalkan parti itu untuk menyertai Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Setakat semalam, hanya 247 ahli yang menyatakan mahu keluar parti.
"Jumlah itu sangat sedikit jika mahu dibandingkan dengan jumlah 500,000 ahli yang kita ada," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Hamzah Zainuddin
#Mahathir Mohamad
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#PPBM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan