awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih 2.0 kecam tindakan gesa Azhar letak jawatan Pengerusi SPR

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
06/03/2020
08:23 MYT
Bersih 2.0 kecam tindakan gesa Azhar letak jawatan Pengerusi SPR
Bersih 2.0 berkata, tindakan itu bukan sahaja memberi serangan terhadap integriti SPR, malah perkara itu seolah-olah mencabar Perlembagaan Persekutuan. - Gambar fail
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam tindakan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar yang menggesa supaya Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun dan Ahli Suruhanjaya yang lain meletakkan jawatan susulan perubahan kerajaan.
Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan itu bukan sahaja memberi serangan terhadap integriti SPR, malah perkara itu seolah-olah mencabar Perlembagaan Persekutuan.
Menurut kenyataan itu, SPR merupakan badan berperlembagaan dan Pengerusi serta Ahli SPR dilantik berdasarkan Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Ahli-Ahli SPR adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
"Perkara 114(3) juga menyatakan secara jelas bahawa ahli-ahli SPR 'tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atau alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan', iaitu melalui sebuah tribunal untuk membuktikan adanya penyalahgunaan kuasa atau kesalahan yang menjejaskan fungsi SPR.
"Ini bermakna kewibawaan dan keberkecualian SPR sebagai institusi demokrasi adalah setaraf dengan Mahkamah Persekutuan," katanya pada Jumaat.
Pada Khamis, Wan Ahmad menggesa kepimpinan SPR meletak jawatan susulan perubahan kerajaan ketika ini.
Tambah kenyataan itu lagi, Bersih 2.0 beranggapan, tindakan Wan Ahmad memperlihatkan kecetekan ilmu demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan.
"Sehingga kini, kita belum menyaksikan tindakan atau kesalahan yang menunjukkan adanya perlanggaran Perlembagaan, undang-undang atau prinsip pilihan raya adil dan bersih oleh SPR.
"Sebaliknya, SPR telah banyak membuat pembaharuan terhadap pelaksanaan pilihan raya dan respon berkenaan isu-isu pilihan raya," jelas kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#Bersih
#integriti
#kerajaan
#letak jawatan
#Malaysia2020
#pilihan raya
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Wan Ahmad Wan Omar
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan