Bersih 5: Armand, Howard Lee ditahan polis

Astro Awani
November 19, 2016 10:04 MYT
Armand dipercayai ditahan di Padang Merbok ketika kumpulan Baju Merah berkumpul pada petang Sabtu. - Gambar Astro AWANI/MARIAH AHMAD
Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah ditahan ketika berhimpun di Padang Merbok di sini hari ini.
Penahanan aktivis Gerakan Baju Merah itu disahkan oleh Ketua Pemuda Gerakan Baju Merah, Zainuri Zainal kepada Astro AWANI pada petang Sabtu.
Turut ditahan ialah activis Bersih 5, Howard Lee Chuan How.
Armand ditahan di Padang Merbok manakala Howard di NU Sentral, Brickfields.

Ketua Pemuda Gerakan Baju Merah Zainuri Zainal sahkan Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand (pic) ditahan ketika berhimpun di Pdg Merbok.@501Awani pic.twitter.com/TqoBEvYriE

— Mariah Ahmad (@A_marea) November 19, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Bersih 5 di Kuala Lumpur
Mereka dibawa ke ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan di bawah Seksyen 511 Kanun Keseksaan atas percubaan melakukan kesalahan dan Seksyen 147 kanun sama atas kesalahan melakukan rusuhan.
Hari ini, perhimpunan Bersih 5 berlangsung di ibu negara dan dihadiri oleh beberapa orang bekas pemimpin negara termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
#Armand Azha #Bersih 5 #Howard Lee #NU Sentral #Padang Merbok