Bersih 5: Tian Chua, Zuraida ditahan polis

Astro Awani
November 19, 2016 15:03 MYT
Tian Chua dalam kemaskini Twitternya, memaklumkan, beliau telah ditahan polis mengikut Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan atas cubaan merusuh dan menggugat ketenteraman awam. - Gambar fail
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin menjadi pemimpin pembangkang terbaharu yang ditahan polis berhubung penglibatan mereka dalam perhimpunan Bersih 5.
Tian Chua chua dalam kemaskini Twitternya, memaklumkan, beliau telah ditahan polis mengikut Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan atas cubaan antaranya, merusuh dan menggugat ketenteraman awam.
Tian Chua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah di Jalan Hang Tuah untuk membantu siasatan.

Saya ditahan di bawah seksyen 147 /511. Sekarang dlm perjalanan ke IPD KL di Jln Hang Tuah. #Bersih5 #LawanTetapLawan

— Tian Chua (@tianchua) November 19, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

arrested under Section 147 / 511. Now in police vehicle & to be taken IPD KL Police HQ. Officers from Organised Crimes Section of Bkt Aman.

— Tian Chua (@tianchua) November 19, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Buat masa ini, tiada maklumat tentang penahanan Zuraida yang turut dibawa ke IPD KL sejurus selepas tahanan dilakukan.
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memaklumkan dalam kemaskini Twitternya tentang penahanan Zuraida.

Saya baru dimaklumkan oleh @ybz99 bahawa beliau berada dalam kenderaan polis dibawa ke IPK KL sekarang.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) November 19, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perhimpunan Bersih 5 berlangsung di ibu negara pada Sabtu dan disertai 18,000 penyokong dari kumpulan Baju Kuning dan Baju Merah.
#Bersih 5 #IPD KL #Tian Chua