PASIR SALAK: Bukan mahu mengagungkan, jauh sekali mengiktiraf pendudukan penjajah khususnya British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
Inisiatif untuk membersihkan kubur JWW Birch di Bandar Baru tidak jauh dari Kampung Teluk Memali, di sini baru-baru ini mendapat reaksi pelbagai daripada lapisan masyarakat.
Tentu sahaja banyak komen sinis daripada netizen di laman sosial Facebook.
Ramai yang mempertikai mengapa kakitangan Lembaga Muzium Negeri Perak melaksanakan program gotong-royong membersihkan kubur Residen British pertama di Perak itu.
Setiausaha Persatuan Warisan Perak, Nor Hisham Zulkiflee ketika mengulas lanjut mengenai isu berkenaan berkata, kerja-kerja pembersihan kubur lebih 100 tahun itu tidak sepatutnya dijadikan isu atau kontroversi.
Menurutnya, masyarakat perlu melihat keperluan kerja-kerja pembersihan itu daripada sudut positif, terutamanya untuk memulihara tinggalan sejarah demi pengajaran bersama.
Malah beliau tidak menolak kemungkinan pengaruh filem Mat Kilau yang sedang dimainkan di pawagam ketika ini menjadi antara faktor mengapa segelintir orang terkesan dengan tindakan tersebut.
"Sebenarnya tiada istilah hendak mengagungkan kubur atau tinggalan penjajah (bersihkan kubur Birch). Ia lebih kepada pedoman dan bukti sejarah negara.
"Jika tiada kubur Birch, mana mungkin masyarakat hari ini tahu peristiwa penjajahan di negara kita?
"Malaysia ini unik kerana dicorakkan melalui kepelbagaian sejarah, tidak kira tempatan, Islam atau kolonial," katanya.
Dalam pada itu, guru sejarah itu berkata mungkin wujud kelemahan daripada pihak berkenaan dalam mempromosi tapak warisan lain yang turut dipulihara sebelum ini.
Jadinya, ramai yang beranggapan pihak tersebut hanya menjaga dan mengambil tahu tentang tinggalan penjajah, berbanding warisan yang diwartakan.
"Sedangkan pihak terbabit memang sentiasa melakukan pemantauan dan pemeliharaan semua warisan yang diwarta di negeri ini.
"Seperti makam Sultan, Istana,muzium serta Rumah Dato' Maharaja Lela yang sudah dibaiki," katanya.
Nor Hisham menjelaskan semua pihak perlu bersikap lebih terbuka dalam usaha pemeliharaan warisan sejarah sedia ada.
Katanya tanggungjawab memelihara warisan sejarah itu bukan saja terletak di bahu kerajaan tetapi membabitkan komuniti.
"Masyarakat sendiri kena cakna dan mempromosi warisan setempat, jika tiada siapa tahu.
"Tidak perlu rasanya gelar mereka yang bersihkan kubur itu sebagai tali barut penjajah dan sebagainya, ada sebab mengapa ia dilakukan," katanya.
Ditanya mengenai bangunan atau tempat bersejarah lain di sekitar Perak yang ada di antaranya tidak terjaga, Nor Hisham menjelaskan perkara itu disebabkan berlakunya pertindihan.
"Kebanyakan isu berkenaan tempat sejarah atau warisan terbiar ini sebab pertindihan, mereka tak pasti siapa yang bertanggungjawab jaga tempat itu.
"Itu yang terjadi banyak isu warisan contohnya pejabat pos lama di Ipoh itu terbiar. Itu masalahnya, tiada siapa tahu siap yang urus dan sebagainya," jelasnya.
Terdahulu, tular bantahan terhadap inisiatif dilaksanakan pihak berkenaan membersihkan kubur Birch pada 14 Julai lalu.
Ada di antara mereka yang menyifatkan perbuatan itu sesuatu yang memalukan dan tidak patut sama sekali dilakukan oleh orang Melayu khususnya umat Islam.
Aida Aziz
Fri Jul 29 2022
Kubur Residen British pertama di Perak, JWW Birch yang terletak di Bandar Baru. - Lembaga Muzium Negeri Perak
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siapa Pawang Ana? Peranan di sebalik kisah JWW Birch dan hikayat Melayu
Lelaki ini berperanan penting menceritakan semula kisah rakyat sehingga dibukukan seperti sekarang.
Bersih kubur JWW Birch: Tiada istilah tali barut, agungkan penjajah
Semua pihak perlu bersikap lebih terbuka dalam usaha pemeliharaan warisan sejarah sedia ada.