awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis Perundingan Gig bakal ditubuh, bincang isu ‘bidding’ e-hailing - KESUMA
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih minta SPR kaji syarat pengundi pos

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2013
05:10 MYT
Bersih minta SPR kaji syarat pengundi pos
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji semula syarat baru bagi pengundi pos luar negara.
Pengerusinya, Datuk S. Ambiga berkata, syarat 30 hari perlu berada di tanah air dalam tempoh lima tahun mengelirukan.
"Syarat itu dilihat menyusahkan pengundi pos luar negara yang perlu mengira semula jumlah hari mereka berada di Malaysia," katanya.
Beliau juga mempersoalkan ada sesetengah rakyat Malaysia di luar negara yang tidak dapat memenuhi syarat itu kerana tidak mampu dari segi kewangan atau tiada kesempatan untuk pulang.
Ambiga berkata demikian selepas menghantar memorandum mengenai syarat pengundi pos luar negara di ibu pejabat SPR di Putrajaya, bersama ahli jawatankuasa Bersih 2.0.
Memorandum tersebut diterima oleh pegawai SPR, Mohd. Hanafei Mohd. Jamil.
Dalam pada itu, Ambiga membangkitkan soal pengecualian undi pos bagi rakyat negara ini yang berada di selatan Thailand, Singapura dan Kalimantan.
Pada 22 Januari lepas, SPR mengumumkan beberapa syarat untuk rakyat Malaysia di seberang laut yang bercadang mahu mengundi pos.
Syarat utama yang ditetapkan ialah mereka mesti pulang ke tanah air sekurang-kurangnya 30 hari dalam tempoh lima tahun terakhir sebelum pembubaran Parlimen akan datang.
Topic Berkaitan
#Bersih
#Datuk S. Ambiga
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan