Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menolak dakwaan yang mengatakan Tribunal Rakyat anjuran NGO itu merupakan satu bentuk publisiti.
Dalam laporan The Malaysian Insider, penganjurnya memberitahu meskipun tribunal itu tidak mempunyai asas perundangan tetapi ia penting dari segi moral.
Ahli Jawatan Kuasa Bersih, Ivy Josiah berkata tribunal itu merupakan memberi peluang kepada mereka yang ‘menderita’ untuk bersuara.
Josiah mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang berkata Tribunal Rakyat berhubung Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) anjuran Bersih 2.0 itu hanyalah satu bentuk publisiti.
“Saya cuma berharap Peguam Negara boleh hadir dan lihat sendiri. Betapa berkuasanya ia.. bukan sahaja kepada yang tampil memberi keterangan tetapi juga mereka yang hadir untuk melihat prosidingnya,” beliau memberitahu The Malaysian Insider.
Gani berkata tribunal seumpama itu tidak perlukan sebarang asas perundangan, tidak seperti sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Menurut Josiah, Gani sepatutnya bangga dengan cara rakyat Malaysia bersama-sama menghadiri tribunal tersebut.
Katanya Gani akan kagum melihat tahap perundangan yang telah dicapai sekarang.
Sementara itu, Pengerusi bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata amat menyedihkan apabila mereka yang mengkritik sebenarnya tidak tahu apa yang dilakukan oleh Bersih.
Beliau turut meluahkan rasa kesal kerana tiada seorang pun wakil dari Barisan Nasional (BN) yang hadir ke prosiding tersebut.
Ambiga juga mempertahankan kehadiran panelis dari luar negara, sambil menepis dakwaan yang kehadiran mereka adalah bagi tujuan campurtangan.
Bagaimanapun, Ambiga memaklumkan bahawa jemputan ke tribunal masih terbuka untuk anggota-anggota BN, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga Peguam Negara.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan dakwaan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan Bersih telah membawa masing warga asing untuk mengundi pada PRU13 lalu sebagai ‘gila’.
Katanya jika Tengku Mansor merasakan dakwaannya itu benar, beliau patut hadir ke tribunal tersebut untuk memberi keterangan.
Haider Yutim
Thu Sep 19 2013
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Kenyataan Ambiga hiperbola, tidak berpijak di bumi nyata - Fahmi
Kenyataan Ambiga yang mendakwa Kerajaan Perpaduan adalah 'kerajaan diktator' disifatkan sebagai kenyataan hiperbola dan tidak berpijak di bumi nyata.
Pengampunan Najib: Ambiga gesa PH diam, berhenti cakap mengenai perjuangan lawan rasuah
Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa Pakatan Harapan (PH) untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan susulan pengumuman Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024
Tiga wanita rakyat Malaysia tersenarai dalam Forbes 50 Over 50: Asia 2024 yang menampilkan 50 wanita di seluruh Asia Pasifik.
Pembaharuan institusi: G25 gesa kerajaan keluar laporan IRC
Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) menggesa kerajaan supaya mengeluarkan laporan dibuat Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) yang ditubuhkan pada tahun 2018.
Penubuhan majlis musyawarah sementara penting untuk negara - Ambiga
Ambiga menyeru agar semua pihak agar dapat bersama membantu usaha ini dan melakukan yang terbaik demi negara.
Keputusan mengenai 18 belia cabar penangguhan laksana Undi 18 pada 17 Jun
Anak muda yang mewakili gerakan Undi 18 itu memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman dan menamakan Perdana Menteri, kerajaan serta SPR selaku responden.
Pendaftaran belum diluluskan, Muda heret JPPM ke mahkamah
Muda yang diasaskan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu melantik Tommy Thomas dan Ambiga Sreenevasan.
Belum dapat tentukan bila Indira akan disatukan dengan anak perempuannya - Bukit Aman
Wanita itu berharap dapat disatukan dengan anak perempuannya itu menjelang Deepavali tahun ini.
'Jangan adakan pilihan raya kerana ia libatkan kos yang tinggi!' - Ambiga
Menurut bekas Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, sentimen rakyat terhadap keperluan untuk mengadakan pilihan raya perlu diambil kira.
PRK Port Dickson: Menang mudah atau mungkin kalah? Ini apa kita boleh jangka
Selepas dua dekad berjuang untuk duduk di kerusi perdana menteri, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin hampir dengan hasratnya itu.