awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih: Polis siap sedia kawal perhimpunan depan Parlimen - KPN

Astro Awani
Astro Awani
27/03/2018
12:05 MYT
Bersih: Polis siap sedia kawal perhimpunan depan Parlimen - KPN
Mohamad Fuzi mengesahkan polis tidak mengeluarkan sebarang permit dan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu esok. - BERNAMA/Fail
Polis akan bertindak mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 terhadap peserta Bersih yang berhasrat mengadakan perhimpunan di luar Parlimen esok.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan sebarang usaha mengadakan perhimpunan hanya akan menimbulkan kegusaran daripada segi keselamatan.
"Kita akan mengambil langkah langkah yang perlu untuk memastikan perkara yang tidak diingini berlaku.
"Persiapan dilakukan bukan untuk mengambil tindakan tetapi untuk mengawal untuk elakkan daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini," katanya.
Polis juga mengesahkan tidak mengeluarkan sebarang permit dan kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu esok.
Kata beliau, polis juga akan bersedia bagi menangani sebarang insiden yang boleh menggugat keselamatan dan pergerakan lalu lintas di lokasi berhampiran bangunan Parlimen esok.
Bersih 2.0 dilaporkan cuba mengadakan perhimpunan di hadapan Bangunan Parlimen esok bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Memorandum itu adalah bagi membantah cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Topic Berkaitan
#akta perhimpunan aman
#Bersih
#Datuk Seri Najib Razak
#keselamatan
#Ketua Polis Negara
#Mohamad Fuzi Harun
#Pandikar Amin Mulia
#permit
#persempadan semula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan