awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersukan untuk elak tekanan, kemurungan - Syed Saddiq

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2019
06:37 MYT
Bersukan untuk elak tekanan, kemurungan - Syed Saddiq
Peserta Fit Malaysia daripada kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) turut mengambil bahagian dalam acara senamrobik pada program Fit Malaysia Terengganu 2019 di Dataran Batu Burok hari ini. - BERNAMA
Orang ramai digalakkan mengamalkan aktiviti bersukan dan gaya hidup sihat bagi mengelakkan tekanan dan kemurungan.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata tekanan yang tidak dikawal dan diuruskan dengan baik boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhan terutamanya bagi mereka yang bekerja.
Katanya, bersukan juga mampu memberikan kesihatan yang baik dan menghindarkan penyakit serta masalah obesiti yang akhir-akhir ini agak meruncing dalam kalangan rakyat.
"Sukan juga berkait rapat dengan kesihatan mental. Sekarang, kesihatan mental merupakan salah satu teras Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebab satu daripada lima anak muda terkesan dengan anxiety (keresahan) dan dua daripada lima terkesan dengan depression (kemurungan).
"Apabila kita ada kesihatan fizikal yang cergas, kita akan baiki kesihatan mental kita sekali," katanya selepas merasmikan program Fit Malaysia Terengganu 2019 di Dataran Batu Burok hari ini.
Syed Saddiq berkata, program Fit Malaysia yang diadakan di Terengganu turut dihidangkan dengan kelainan acara seperti sukan tradisional dan Fun Go Green iaitu satu acara menyokong konsep baharu yang diterapkan oleh KBS.
Jelasnya, program itu berjaya menghimpunkan lebih 15,000 peserta dari seluruh Terengganu.
Katanya, pada tahun ini, Fit Malaysia digerakkan di seluruh negara jelajah seterusnya adalah di Pulau Pinang, Sabah dan Johor Bahru.
Topic Berkaitan
#anxiety
#depression
#fit malaysia
#Kemurungan
#kesihatan
#sukan
#Syed Saddiq
#tekanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan