awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bertemu ajal ketika solat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/12/2023
23:30 MYT
Bertemu ajal ketika solat
Sekumpulan jemaah membantu menguruskan jenazah Latipah Yusof yang meninggal dunia ketika solat Asar di surau di sebuah hotel di Sungai Petani, pada Sabtu. - Gambar ihsan PDRM
SUNGAI PETANI: Seperti mana setiap umat Islam mendambakan kematian yang penuh kemuliaan, itulah juga yang menjadi bahagian buat Latipah Yusof.
Warga emas berusia 65 tahun, yang meninggal dunia ketika solat Asar di surau di sebuah hotel di sini, pada Sabtu.
Suri rumah itu ditemui menghembuskan nafas terakhir oleh suaminya pada jam 6.30 petang selepas mendengar jeritan meminta pertolongan mengatakan ada wanita terbaring ketika solat.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, sebaik menerima laporan berkenaan, anggota polis di hantar ke tempat kejadian.
Menurut Zaidy, wanita itu yang berasal dari Kamunting, Perak berkunjung ke hotel berkenaan bersama suaminya untuk menghadiri satu majlis.
Katanya, hasil siasatan mendapati, pasangan suami isteri itu tiba di hotel tersebut pada waktu Asar dan terus ke surau hotel yang terletak di tingkat dua.
“Suami mangsa ketika itu sedang solat di bahagian lelaki dan ketika rakaat ketiga suami mangsa terdengar ada suara di bahagian solat wanita berkata, ada orang jatuh.
“Suami mangsa yang mengesyaki sesuatu terjadi pada isterinya terus ke ruang solat wanita dan terlihat isterinya sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Zaidy, suami mangsa mengatakan isterinya mengadu tidak sihat dan semasa dalam perjalanan mangsa sering tidur.
Katanya, suami mangsa turut memaklumkan isterinya mempunyai sakit darah tinggi dan pernah menghidap ‘stroke’ serta mendapat rawatan di Hospital Ipoh sebelum ini.
“Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#bertemu ajal ketika solat
#meningggal dunia
#warga emas mati semasa solat
#Latipah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan