NATIONAL
BFF 2025 pacu pelancongan Labuan, pamer 200,000 jenis pokok bunga
BFF 2025 merupakan antara inisiatif di bawah Perbadanan Labuan bertujuan menambah daya tarikan pelancongan pulau itu, yang selama ini terkenal dengan aktiviti selam dan pantai. - Gambar Pelancongan Labuan
KUALA LUMPUR: Labuan bakal menjadi tuan rumah bagi Borneo Flora Festival (BFF) 2025 yang julung kali diadakan, menampilkan 20 taman pameran dengan lebih 200,000 jenis pokok bunga dan tanaman hiasan.
Festival yang bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan itu dijangka menarik lebih 50,000 pengunjung dari seluruh negara termasuk Brunei.
BFF 2025 merupakan antara inisiatif di bawah Perbadanan Labuan bertujuan menambah daya tarikan pelancongan pulau itu, yang selama ini terkenal dengan aktiviti selam dan pantai.
Acara yang bermula 26 hingga 30 Julai itu turut menghimpunkan peminat bunga, usahawan hortikultur dan pempamer dari seluruh negara, dengan sokongan pelbagai rakan strategik termasuk agensi kerajaan, pihak swasta dan penggiat komuniti.
Pemilihan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan sebagai lokasi acara turut menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung yang dapat menikmati keindahan flora sambil bersantai di Pantai Mawilla yang terletak bersebelahan.
Festival itu disasarkan sebagai acara dwitahunan dan berpotensi menjadi ikon pelancongan baharu yang memperkukuh kedudukan labuan sebagai destinasi pelancongan berimpak tinggi di rantau ini.