MALAYSIA
BFF @ Labuan 2025 mula buka tirai dengan meriah
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menyempurnakan pelancaran rasmi BFF2025 di Labuan, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
LABUAN: Festival Flora Borneo @ Labuan 2025 atau BFF2025 membuka tirainya hari ini dengan sambutan hangat daripada pengunjung yang mula membanjiri tapak acara sejak awal pagi.
Festival yang berlangsung selama lima hari di Perkarangan Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan ini menghimpunkan keunikan flora dan budaya kepulauan Borneo dalam suasana penuh warna-warni dan semangat komuniti.
Kehadiran pelawat dari pelbagai lapisan umur, termasuk komuniti tempatan dan pelancong serantau, menyerlahkan keterujaan orang ramai terhadap festival berskala besar ini yang bukan sahaja menonjolkan keindahan flora, tetapi turut membawa mesej penting mengenai pemuliharaan biodiversiti dan budaya tempatan melalui kreativiti landskap taman bertema.
Menurut salah seorang pengunjung, Che Mohd Fakri bin Che Ali, BFF2025 adalah platform yang tepat untuk memperkenalkan keunikan kepulauan Borneo ke peringkat antarabangsa.
“Kepelbagaian dari segi flora yang ditonjolkan melibatkan beberapa negara seperti Brunei, Indonesia, Malaysia dan wilayah Sabah serta Sarawak. Ia memberi gambaran keunikan Borneo untuk tatapan dunia dari sudut flora, etnik dan budaya," katanya.
Salah satu tarikan utama tahun ini adalah taman bertema yang dibawakan oleh Majlis Bandaraya Miri.
Dengan mengambil masa lebih tiga bulan untuk merealisasikan konsep tersebut, taman itu menampilkan reka bentuk kuda laut — ikon Bandaraya Miri — yang turut diserikan dengan elemen air, landskap kejur yang lembut, serta simbol budaya etnik Sarawak.
Ranee Mary Anak Richard dari Majlis Bandaraya Miri berkata: “Konsep taman ini juga membawa elemen pelancongan seperti Gua Mulu dan tempat menarik lain di Miri untuk mempromosikan bandar tersebut sebagai destinasi pelancongan.”
Festival ini mempamerkan lebih 250,000 kuntum bunga pelbagai jenis dan warna, menjadikan BFF2025 antara festival flora terbesar yang pernah dianjurkan di wilayah ini, dengan harapan dapat mengubah landskap pelancongan Labuan ke arah yang lebih progresif.
Majlis perasmian turut diserikan dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang berkenan menyempurnakan pelancaran rasmi festival ini.
Dalam ucapan perasmian oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, beliau menyatakan bahawa penganjuran acara berskala besar seperti BFF2025 berpotensi melonjakkan sosioekonomi Labuan sebagai destinasi pelancongan utama di rantau Asia Tenggara.
Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Noridah Abdul Rahim turut menyifatkan kejayaan hari pertama festival ini sebagai di luar jangkaan.
“Alhamdulillah, ini kali pertama dan sangat berjaya apabila kita mendapat kerjasama dari Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan, khususnya wilayah Pontianak. Ini satu permulaan yang sangat baik,” katanya.
Beliau menambah bahawa acara sebegini wajar diteruskan di masa hadapan dan dicadangkan agar dianjurkan secara bergilir di wilayah-wilayah Borneo yang lain bagi memperkukuhkan lagi jaringan pelancongan serantau.
Untuk rekod, Labuan telah menerima lebih satu juta pelancong domestik dan antarabangsa pada tahun lalu hasil daripada promosi pelancongan berterusan oleh Jabatan Wilayah Persekutuan.
Penganjuran BFF2025 dijangka meningkatkan lagi jumlah kunjungan ke pulau ini dan memberi impak ekonomi yang signifikan kepada komuniti setempat.
BFF2025 bukan sahaja sebuah festival bunga, tetapi satu manifestasi semangat Borneo dalam memelihara alam, meraikan budaya dan menyatukan komuniti serantau.