PUTRAJAYA: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan bekerjasama mengadakan kempen kesedaran sebagai salah satu strategi dalam menangani isu kekurangan pelaporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Menteri di Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam kenyataan bersama pada Selasa berkata, salah satu cabaran besar yang dihadapi kerajaan hari ini adalah isu kekurangan pelaporan kes, terutamanya pelaporan oleh kalangan kanak-kanak.
Menurut kenyataan itu, satu mesyuarat diadakan pada Selasa dengan objektif mengatur strategi ke arah menangani isu berhubung kekurangan pelaporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Selain itu, satu kempen kesedaran bersifat menyeluruh yang melibatkan semua sektor dan agensi berkaitan dalam usaha membanteras jenayah berkenaan akan dilancarkan dalam masa terdekat.
"Ia akan disebarluaskan di seluruh negara dengan matlamat untuk menekankan tanggungjawab setiap individu untuk melaporkan kejadian penderaan seksual kanak-kanak," menurut kenyataan itu.
Seksyen 19 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak [Akta 792] memperuntukkan bahawa kegagalan untuk melaporkan jenayah itu merupakan satu jenayah dan peruntukan berkenaan jelas menggambarkan betapa pentingnya bagi rakyat Malaysia menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menangani isu tersebut.
Kempen itu antara lain akan melibatkan pendekatan 'Training of Trainers' dengan para guru dan pemimpin masyarakat akan dididik untuk mengesan dan melaporkan kes-kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang berlaku dalam persekitaran sekolah secara berkesan.
Menurut kenyataan bersama itu, statistik terkini dari tahun 2017 hingga 2023 melaporkan trend peningkatan yang membimbangkan, dengan jumlah mangsa kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang dilaporkan adalah 6,990 orang, dan tahun lepas 1,570 kes dilaporkan.
Peratus besar mangsa berada dalam lingkungan umur 13 hingga 15 tahun, dengan 110 kes yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun pada tahun 2023, menurut kenyataan bersama itu.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, lebih daripada 80 peratus jenayah seksual terhadap kanak-kanak melibatkan individu yang dikenali oleh mangsa.
"Justeru, seluruh anggota masyarakat memainkan peranan yang penting untuk melindungi anak-anak kita daripada ancaman jenayah seksual yang semakin menjadi-menjadi," kata kenyataan bersama itu.
Susulan pelancaran Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual oleh Kementerian Pendidikan, Kerajaan Perpaduan sedang mengiatkan usaha untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan pendidik mengenai peruntukan undang-undang berkaitan isu tersebut serta mewujudkan mekanisme pelaporan yang berkesan dan mesra kanak-kanak dalam institusi pendidikan di bawah KPM.
Bagi memudahkan pelaksanaan usaha itu, BHEUU akan memeterai satu Nota Kerjasama dengan KPM, menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
Salah satu cabaran besar yang dihadapi kerajaan hari ini adalah isu kekurangan pelaporan kes, terutamanya pelaporan oleh kalangan kanak-kanak, kata Azalina Othman Said (kiri) dan Fadhlina Sidek. - Gambar fail/Bernama
Lebih 50 maut ketika perlawanan bola sepak
Kira-kira 100 orang terbunuh dalam pergaduhan ketika perlawanan bola sepak di Guinea.
Puducherry banjir, hujan terburuk dalam tiga dekad
Siklon Fengal yang merentas sehingga ke pesisir selatan India pada Sabtu lalu mencetuskan banjir besar mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di India dan Sri Lanka. Menteri perkhidmatan awam Puducherry India, K. Lakshminarayanan berkata, kerajaan tempatan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka yang terjejas banjir.
Beberapa rumah, jalan digenangi air di Rhodes
Beberapa kawasan di pulau pelancongan terkenal Rhodes di Greece digenangi air selepas hujan lebat melanda daerah itu susulan Ribut Bora melanda negara itu untuk hari kedua.
Teknologi terkini mampu ramal risiko dua minggu awal
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi atau High Performance Computing (HPC) bagi melakukan ramalan cuaca.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem berkenaan membolehkan METMalaysia menjangka risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari pada ketika ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem berkenaan membolehkan METMalaysia menjangka risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari pada ketika ini.
Perkembangan banjir di Kedah
Lintas langsung situasi banjir di Kedah bersama wakil Astro AWANI, Abdul Hadi Che Awang.
Perkembangan banjir di Kelantan
Lintas langsung Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai perkembangan, tahap keselamatan dan operasi keselamatan mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
[TERKINI] Polis tahan suami bekas model, Zahnita Wilson
Susualan pendedahan Zahnita Wilson di hantaran Instagramnya bahawa dia dibelasah sehingga mengalami lebam di wajahnya, polis menahan suami kepada bekas peragawati dan pelakon terkenal itu.
Sita akaun bank BERSATU dibuat ikut peruntukan undang-undang - SPRM
Penyitaan akaun bank milik Parti BERSATU dibuat berdasarkan peruntukkan undang-undang dan tidak dibuat sewenang-wenangnya.
Penjarakan pesalah jika babit mangsa kanak-kanak
Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menggariskan cadangan peruntukan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya.
Ini bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
Ini bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
Kementerian Bangladesh digesa tangani hampir setengah juta jawatan kosong
Kerajaan arahkan semua kementerian, jabatan, pejabat bawahannya, agensi dan pejabat lapangan untuk menyerahkan laporan kemajuan.
BHEUU, KPM atur strategi isu kekurangan pelaporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak
BHEUU, KPM akan bekerjasama mengadakan kempen kesedaran sebagai salah satu strategi dalam menangani isu kekurangan pelaporan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.