SHAH ALAM: Tokoh politik veteran, Tan Sri Rafidah Aziz meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila masyarakat hari ini menganggap rasuah sebagai satu budaya dalam kehidupan mereka.
Menurut beliau, perbuatan mengambil duit rakyat juga seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan ahli politik.
“Suasana sekarang sudah berubah, mengambil duit rakyat ini perkara biasa. Umpama buka peti ais untuk minum air.
“Budaya (rasuah) sudah jadi landasan yang bagi saya betul-betul merosakkan masa depan. Anak cucu tengok tok nenek mereka rumah, kereta besar, tak pernah kerja tapi banyak duit.
“Tapi kalau kita tak rasuah, kalau masa kerja kita betul dan duit itu halal, anak-anak juga tahu. Usaha sebaik mungkin, rezeki berkat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program bual bicara Mak Untuk Malaysia (MUM) sempena kempen rasuah yang disiarkan dari Studio F, Kumpulan Karangkraf pada Isnin.
Program itu menampilkan bekas penyampai berita televisyen, Dang Suria Zainuddin sebagai moderator.
Tegas Rafidah, masyarakat turut menganggap individu yang memegang jawatan juga terlibat dengan jenayah tersebut.
“Dulu-dulu memang ada korupsi. Ramai juga ahli politik masuk jel kerana semua orang pandang dan anggap benda ini (rasuah) tidak betul, termasuklah orang yang mentadbir (negara). Maka mereka ini (perasuah) disingkirkan.
“Tapi hari ini, yang tadbir pun sama-sama buat. Jadi siapa hendak susun atur (banteras) gejala ini. Malah pandangan rakyat sendiri seolah-olah orang yang pegang jawatan itu korupsi.
“Sebenarnya ramai lagi ahli politik yang baik tetapi dicemarkan oleh orang tertentu, yang naik turun mahkamah dan sebagainya. Ibarat nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Ini yang jadi masalah kepada semua,” jelasnya.
Sukar basmi rasuah sepenuhnya
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengakui agak mustahil rasuah dapat dibasmi sepenuhnya.
“Zaman dulu ada juga rasuah tapi caranya lain. Mungkin sebab tak ada projek, tak ada rakyat dikuasai ahli politik. Dulu berlaku rasuah sebab hendak dapatkan tanah di kampung dan ia dibuat untuk kepentingan diri sendiri.
“Zaman Tun (Dr Mahathir) dulu memang tegas larang semua ahli Kabinet terima hamper.
“Saya bantah, tapi takkan saya nak bersikap kurang ajar, pulangkan semua hamper yang hanya barangan makanan.
“Kalau betul nak rasuah, ajak main golf, bertaruh RM10,000 dan kalahkan diri sendiri sebab nak bagi menteri menang. Itu rasuah sebenarnya. Tetapi semuanya terpulang kepada prinsip masing-masing,” katanya.
Rafidah berkata, beliau sangat menyokong usaha Sinar Harian memerangi gejala rasuah dengan melaksanakan kempen #RasuahBusters.
“Rasuah ini biasanya urusan di belakang tabir. Caranya juga macam-macam, guna yayasan dan banyak lagi.
“Budaya ini sudah meresap dalam masyarakat sebab itu saya sambut baik usaha ini. Memang mustahil nak ‘bersihkan’ semuanya tetapi sekurang-kurangnya kita dapat membasmi rasuah agar tidak menjadi semakin parah,” kata beliau.
Tegas Rafidah, gejala rasuah tidak akan wujud andainya masyarakat terutama anak-anak menghormati setiap ajaran dan tegahan yang diajari ibu mereka sejak kecil.
Ini kerana katanya, ibu diibaratkan sebagai undang-undang dan peraturan yang perlu dihormati setiap individu.
Ujar beliau, ajaran dan didikan seorang ibu akan menjadi garis panduan dalam kehidupan setiap insan.
“Tafsiran emak itu luas, dialah peraturan dan undang-undang. Mak jugalah budaya. Kalau kita hormatinya, bila mak kata jangan, kena ikut sebab undang-undang kata jangan, peraturan kata jangan dan budaya kata jangan.
“Kita perlu hormati, patuhi. Jangan kita langgar. Kalau kita ingat semua pesan mak, insya-ALLAH, rasuah dapat dibanteras,” katanya.
Berkongsi lebih lanjut, beliau berkata, sejak kecil beliau sentiasa diajar tentang erti bersyukur dan keberkatan dalam hidup.
“Saya sentiasa ingat dan ikut setiap apa yang mak kata atau pesan. Hidup biar berkat, sikit tak apa janji berkat, kalau banyak lagi bersyukur.
“Kalau belajar di sekolah jangan menipu atau meniru. Kena buat betul-betul dan jujur pada diri sendiri. Kalau di sekolah bila jumpa duit lima sen, jangan ambil sebab itu mungkin duit tiket bas atau belanja makan kawan-kawan.
“Jadi kena bagi duit itu kepada cikgu dan dia akan buat pengumuman siapa yang kehilangan duit. Itu yang diajar dan berkatnya sampai ke hari ini,” katanya.
Kata bekas Ketua Wanita UMNO itu lagi, didikan melalui teladan yang dipamerkan ibu bapa juga perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian.
“Mak, ayah perlu tunjukkan teladan yang baik. Kalau anak-anak tengok cara kita setiap hari, mereka akan ikut. Jadi saya rasa tak payahlah kita ajar macam cikgu atau ustazah.
“Dulu saya belajar daripada ayah saya, jangan cemar negara kita. Sebab itu saya marah bila ada orang cemar negara kita. Tapi sekarang yang cemar bukan penjajah, tapi rakyat sendiri.
“Maka usaha-usaha seperti ini perlu ada dalam keluarga. Ibu bapa perlu tunjuk contoh agar apa yang anak kita lihat, mereka boleh ikut tanpa kita ajar. Mereka tengok nilai yang kita pegang,” katanya.
Ajar anak bencikan rasuah
Dalam pada itu, beliau yang dikenali dengan gelaran ‘Iron Lady Malaysia’ berkata, gejala rasuah juga dapat diperangi melalui pendidikan.
“Kalau tidak diajar anak-anak sekarang, maka susah untuk pecahkan rasuah. Di sekolah kena ada pendidikan ini, bukan untuk peperiksaan, hanya untuk ajar jangan menipu dan mencuri, sebaliknya berlaku jujur.
“Kalau diajar dari awal, insya-ALLAH, kalau tak semua tetapi 90 peratus anak-anak ini bila besar nanti tidak akan terima apa-apa berbentuk rasuah, tak akan terlibat dengan aktiviti memberi atau menerima rasuah.
“Bagi saya kalau nak hapuskan rasuah (sepenuhnya) umpama mimpi di siang hari. Tapi ini usaha untuk mengurangkan supaya pada masa depan, rasuah ini jijik bagi semua dan bukan jadi budaya sampai negara mendapat malu,” katanya.
Ujarnya lagi, sekiranya tidak dibendung dari awal, ‘titik hitam’ ini akan menular dalam seluruh sistem masyarakat.
“Yang saya risau anak-anak di sekolah kerana mereka hidup lebih mewah (daripada generasi dahulu) dan ini akan jadi satu punca (terlibat) rasuah.
“Saya risau setiap hari dalam surat khabar ada sahaja laporan mengenai rasuah, risau sebab ada yang akan anggap Malaysia seperti sudah tiada orang yang jujur, padahal masih ramai lagi,” katanya.
Sinar Harian
Tue Mar 09 2021
Ujar Rafidah ajaran dan didikan seorang ibu akan menjadi garis panduan dalam kehidupan setiap insan. - Foto Sinar Harian
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Rafidah Aziz terkejut Goodyear mahu tutup operasi, gesa kerajaan bertindak pantas
Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan, beliau terkejut dengan berita bahawa syarikat pengeluar tayar global, Goodyear di Shah Alam bakal menutup operasinya pada 30 Jun ini.
Kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan perlu dihapuskan - Nancy
Kira-kira 42 peratus wanita kini terlibat sebagai pembuat keputusan dalam sektor perkhidmatan awam.
Rafidah Aziz letak jawatan pengerusi AirAsia X selepas lebih 10 tahun
Peletakan jawatan itu berkuat kuasa 1 Julai 2022, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.
Potong gaji menteri tak selesai isu kos sara hidup rakyat - Mahdzir
Cadangan pemotongan gaji dan elaun menteri bukan penyelesaian yang dapat membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup ketika ini.
Bahasa Melayu: Jangan jadikan Malaysia 'syok sendiri' - Rafidah Aziz
Jelas Rafidah lagi, visi dan tumpuan Malaysia pada satu masa dahulu adalah untuk berada dalam infrastruktur serantau dan global.
Kaji hala tuju dasar negara untuk tarik pelaburan - Rafidah
Rafidah berkata Malaysia kekurangan faktor tarikan untuk memastikan pelabur luar datang ke Malaysia dan pelabur domestik turut menerima faedah.
Industri pelancongan perlu lebih ramai pekerja susulan pembukaan semula sempadan - Rafidah Aziz
Beliau turut menggesa pelaksanaan prosedur operasi standard yang lebih jelas, selain pematuhan SOP yang tegas.
RMK-12: 'Nak lari 100 meter, tapi lutut terkehel' - Rafidah Aziz
Rafidah mengakui terkejut dengan intipati RMK-12 yang pada sangkaannya, akan memberi tumpuan kepada aspek pemulihan negara dalam semua aspek.
Tetapkan semula 'kompas nasional', jangan beri ruang kepada sebarang diskriminasi - Rafidah Aziz
Penetapan semula 'kompas nasional' perlu bagi memastikan semua individu di negara ini, berganding bahu jadikan Malaysia negara maju
Majlis Pemulihan Negara adakan mesyuarat pertama hari ini
MPN yang digerakkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat pertama, hari ini.