MALAYSIA
Biarkan kandungan kreatif rentasi sempadan ASEAN, suburkan budaya serantau
ABIS 2025 seru dasar serantau dan pelaburan serius dalam filem serta muzik ASEAN. Nazir Razak, Raja Jastina dan Santa Rubin tekankan potensi ekonomi kreatif sebagai pemacu pertumbuhan serantau.
KUALA LUMPUR: Dengan jumlah populasi sehingga 700 juta orang, ASEAN jelas mempunyai potensi yang cukup meluas untuk perkembangan ekonomi kreatif, sebagai pemacu pertumbuhan bukan konvensional.
Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC) Tan Sri Nazir Razak berkata, sudah tiba masanya untuk negara anggota menubuh kerangka dasar serantau, dengan objektif utama mengurangkan kerenah birokrasi, termasuk sekatan rentas sempadan dalam pengedaran kandungan.
Beliau berkata, industri kreatif perlu dilihat sebagai kapita ekonomi dan budaya, dan pelaburan dalam musik dan filem bukan sekadar untuk ketahanan komersial, tetapi juga Langkah strategik untuk meningkatkan imej ASEAN di mata dunia.
“Saya rasa ASEAN perlu menjadi lebih baik dalam menceritakan kisahnya sendiri. Ada satu analisis yang menunjukkan bahawa sepanjang sejarah, terdapat 140 juta buku yang telah ditulis, tetapi hanya 375,000 judul berkaitan Asia Tenggara. Jadi, memang tidak cukup penceritaan tentang ASEAN.
“Jika kita lihat impak K-pop terhadap Korea, ia sebenarnya tentang imej rantau itu. Dan saya percaya ia turut diterjemahkan kepada pembangunan, pelaburan dan sebagainya. Jadi saya fikir kita perlu melihat industri kreatif ini dari pelbagai dimensi.
“Setiap tahun di ABIS (Sidang Kemuncak Pelaburan dan Perniagaan ASEAN), ABAC cuba melakukan yang lebih baik. Di bawah kepengerusian Malaysia, kami benar-benar mengangkatnya ke tahap yang lebih tinggi. Kami akan membincangkan semua bidang utama yang akan menentukan masa depan ASEAN—geo-ekonomi, pendidikan, kewangan, tenaga, kelestarian,” katanya lagi.
Nazir berkata demikian sewaktu bersiaran dalam Agenda AWANI, kelolaan hos Nailah Huda, bagi membincangkan tentang fokus penganjuran ABIS 2025 pada 25 Oktober nanti, di samping menyentuh mengenai keperluan ekonomi kreatif dalam konteks ASEAN.
Sementara itu, Ketua Astro Shaw, yang juga Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Arshad berpandangan, perlu ada langkah yang strategik dan konkrit untuk kandungan tempatan dapat menembusi pasaran ASEAN.
“Banyak perkara yang sebenarnya kita boleh pelajari. Itulah tujuan utama panel ini—untuk benar-benar faham bagaimana kita boleh menembusi pasaran rentas sempadan. Kalau kita lihat filem, contohnya, di pasaran tempatan, filem tempatan mendominasi tempat pertama, mengatasi francais Hollywood yang terkenal. Tapi di peringkat ASEAN, kita masih belum menemui kedudukan yang kukuh.”
“Tahun ini, ada satu filem ASEAN dari Thailand, How to Make Millions Before Grandma Dies, yang menjadi fenomena besar. Ia berjaya menembusi pasaran serantau. Apa rahsianya? Ia hanyalah filem drama, tetapi berjaya menjana lebih AS$50 juta. Kos produksinya hanya AS$1 juta.
“Di Malaysia, filem drama biasanya tidak menjana pendapatan sebanyak itu. Paling tinggi pun sekitar RM12 juta. Tapi How to Make Millions Before Grandma Dies menjana RM18 juta. Jadi banyak yang kita boleh pelajari,” katanya lagi.
Raja Jastina berkata, ada beberapa faktor yang perlu dikupas secara mendalamn, sebagai contoh sama ada ia berpunca daripada halangan struktur, atau pemain industri kurang berkeyakinan untuk menyuntik modal dalam kandungan tempatan.
“Banyak halangan untuk menembusi pasaran. Contohnya, Malaysia sangat terbuka kepada filem asing—kita ada lebih 400 filem asing tahun lepas. Indonesia hanya benarkan 54. Polisi mereka menghadkan jumlah pawagam untuk filem asing. Jadi kita perlu faham bagaimana nak atasi halangan ini.”
“Di ASEAN, kita ada banyak nilai yang serupa, tapi juga sangat pelbagai. Bayangkan satu cerita Malaysia yang boleh dihasilkan dalam sepuluh penceritaan berbeza—dan cerita itu boleh merentasi sempadan. Sebab itu ABIS sangat penting. Ia tempat di mana kreativiti dan modal bertemu. Saya harap kita dapat hasilkan situasi menang-menang dari sini,” katanya lagi.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Etika, Santa Rubin Durai Sundaram, sebagai syarikat yang memasarkan minuman, beliau menyokong penuh terhadap idea bahawa filem dan muzik boleh menjadi alat pemasaran jangka panjang melalui penstriman, barangan dan pelesenan.
Katanya lagi, beliau melihat kandungan sebagai ekuiti jenama jangka panjang, berharap agar lebih banyak syarikat pengguna memberi sokongan terhadap kandungan ASEAN sebagai sebahagian daripada strategik penjenamaan.
“Contohnya, semasa musim perayaan, adalah kebiasaan untuk menghasilkan iklan Tahun Baru Cina dan Hari Raya. Iklan-iklan ini bersifat sementara—hilang selepas musim perayaan. Apa yang kami lakukan tahun lepas ialah mengumpulkan dana iklan ini dan bekerjasama dengan Astro untuk menghasilkan sebuah filem yang saya rasa sangat bermakna.
“Hasilnya, Astro memberikan kami dua iklan. Jadi kami masih ada iklan asas, tetapi kami telah menyusun semula pelaburan kami. Kami tidak mengharapkan pulangan daripada kejayaan kandungan tersebut. Jika berjaya, itu adalah bonus. Kandungan itu mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan memberi makna yang lebih besar daripada sekadar iklan 30 saat yang menyuruh anda minum produk kami.”
“Dulu, filem sering dilihat sebagai usaha budaya, bukan sebagai pelaburan komersial yang berdaya maju. Tapi sekarang, kita lihat jenama dan pelabur mula terlibat. Filem mempunyai nilai jangka panjang—selepas tayangan di pawagam, ada penstriman, barangan, pelesenan. Ia bukan projek sekali jalan, tetapi IP yang boleh dikembangkan,” katanya lagi.