IPOH: Ramadan pada tahun ini disambut di Malaysia dengan lebih meriah susulan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) mengekang COVID-19 bermula April lalu.
Kemeriahan bulan suci umat Islam itu juga turut sama diraikan warga asing terutama yang berkelana mencari rezeki di bumi bertuah ini.
Mereka yang ditemui Astro AWANI di sini berkata, di sebalik kemeriahan Ramadan, mereka lebih selesa untuk menyambutnya dengan sederhana.
Melisa Asriani Saragih, yang sudah bekerja lebih 10 tahun di sebuah kilang di bandar raya ini berkata, saat berbuka puasa bersama rakan-rakan senegaranya ada kala dapat mengubat kerinduannya terhadap suasana menyambut ramadan di kampung halamannya di Medan, Indonesia.
Adat menjadi anak perantau, katanya, perasaan meraikan bulan penuh kemuliaan itu bercampur-baur antara gembiran sedih.
“Sedihnya bila kita tidak dapat bersama dengan keluarga sedangkan apabila dengan kawan-kawan kita tahu bagaimana caranya berbuka puasa dengan mereka.
“Macam kami, kalau ada masa kami memasak, tapi kalau terpaksa bekerja, pilihan yang ada ialah membeli di bazar Ramadan,” katanya berkongsi cerita.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Bagi dua lagi rakannya pula, walaupun kemeriahan Ramadan lebih baik berbanding tahun lalu, namun mereka lebih selesa untuk meraikannya dengan cara yang sederhana serta tidak mengabaikan SOP mengekang COVID-19.
“Kalau saya lihat sedikit agak berbeza tapi kita orang juga harus sendiri jaga kita sendiri sebab, COVID-19 itu masih ada, jadi kita pun harus jaga sendiri dulu.
“Tak bolehlah nak gembira sangat, nak meriah sangat. Kalau ada beza itu adalah sikit kelonggaran. Tapi kita tetap harus ikut peraturan, jaga SOP,” kata Indah Aprainti
Manakala Anggia Refina Ridwan Tamba menjelaskan, keseronokan lebih dirasai tahun ini kerana dapat bersama dengan rakan-rakan yang lain untuk berbuka puasa.
“Sekarang sudah masuk fasa peralihan endemik, jadi sudah bebas. Kita sudah boleh berbuka puasa bersama di luar, dengan teman-teman dan sekarang juga sudah ada bazar Ramadan, jadi kita juga boleh beli di sana tapi tetap menjaga penjarakan fizikal.
“Itu semua terserah kepada setiap individu untuk sama-sama menjaga keselamatan diri dan kesihatan bersama. Untuk Ramadan kali ini, saya tidak banyak memasak. Jadi saya cuma beli (di bazar Ramadan),” ujarnya.
Sementara itu, Pegawai Eksekutif Sumber Manusia Unisem Ipoh, Noor Nazatulhuda Ahmad Najib memberitahu, asrama pekerja-pekerja Unisem atau APPU di Bandar Pulai Jaya Simpang Pulai menempatkan kira-kira 750 pekerja yang asing dan tempatan.
Menurutnya, bagi memudahkan urusan pekerja untuk bersahur, pihak majikan ada menyediakan dua gerai makanan yang dibuka seawal jam 3 pagi di ruang parkir asrama, pada sepanjang bulan Ramadan.
Astro Awani
Sun Apr 24 2022
Saat berbuka puasa bersama rakan-rakan senegara ada kala dapat mengubat kerinduan terhadap suasana menyambut ramadan di kampung halaman. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.
Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.
Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.
Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.
PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.
Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.
Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.