KUALA LUMPUR: Prosiding bela diri Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, yang didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan dijadualkan selama sembilan hari bermula hari ini, ditangguhkan oleh Mahkamah Sesyen, di sini.
Pasangan suami isteri itu sepatutnya memberikan keterangan bela diri bermula hari ini hingga Jumaat, serta 20, 21, 24, dan 25 Julai.
Hakim Rozina Ayob melapangkan tarikh perbicaraan berkenaan, selepas Timbalan Pendakwa Raya Low Chin How memaklumkan mengenai perkembangan status rayuan berhubung permohonan semakan kedua-dua tertuduh di Mahkamah Rayuan, Jumaat lepas (7 Julai).
Rozina menetapkan 13 Sept untuk sebutan kes bagi status semakan permohonan pasangan suami isteri itu.
Low berkata Mahkamah Rayuan pada Jumaat lepas, memerintahkan permohonan pasangan itu untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela diri, dikembalikan ke Mahkamah Tinggi bagi membolehkan meritnya didengar dan diputuskan.
"Permohonan kedua-dua tertuduh sebelum ini ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Dis tahun lepas, selepas membenarkan bantahan awal pihak pendakwaan. Oleh itu, tarikh sebutan permohonan pasangan itu ditetapkan pada Jumaat ini (14 Julai) di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi yang sama," katanya.
Jumaat lepas (7 Julai), panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin, memerintahkan permohonan semakan pasangan itu dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk mempertimbangkan merit permohonan itu.
Pada 9 Dis tahun lepas, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menolak permohonan semakan yang difailkan pasangan itu tanpa mendengar merit permohonan tersebut.
Hakim Azhar menolak permohonan semakan tersebut selepas menerima bantahan awal pihak pendakwaan, yang menyatakan pasangan itu telah menggunakan kaedah yang salah untuk memfailkan permohonan.
Pada 2 Sept 2022, Rozina memerintahkan pasangan itu membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar dituduh menerima rasuah daripada ejen Public Mutual, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Beliau juga didakwa menerima suapan wang tunai RM337,500 daripada perunding Unit Amanah, Norhaili Ahmad Mokhtar di bawah nama Zizie Izette atas sebab sama dan di tempat sama pada 19 Jun 2015, manakala Zizie Izette berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Bung Moktar dan Zizie Izette sepatutnya memberikan keterangan bela diri bermula hari ini hingga Jumaat, serta 20, 21, 24, dan 25 Julai. - Gambar fail

'Look at my face...'
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ yang diibarat seperti 'sehelai jeans lusuh.'

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.
Angka korban di Gaza cecah 17,000
Pencerobohan Israel di Gaza menyebabkan ratusan lagi rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka korban kini melebihi 17 ribu orang, pada Khamis.

BN Sabah sedia jika pilihan raya negeri diadakan lebih awal - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 sekiranya ia diadakan lebih awal, kata Pengerusinya Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isteri
Peguam Teh See Khoon yang mewakili Zizie Izette semasa dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

Dua bekas Pengerusi Felcra dipanggil prosiding PAC Isnin depan
Dua bekas Pengerusi Felcra Berhad Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Bung Moktar Radin, akan dipanggil untuk prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Isnin ini.

Kerajaan diminta tumpukan pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak
Bung Moktar berkata masih terdapat kawasan di Sabah yang jalannya masih tidak berturap selain banyak kampung-kampung yang masih tiada bekalan elektrik dan air bersih.

Baru saja mula, usul tergempar YB Machang buatkan Dewan Rakyat panas
Dewan panas sebaik saja Speaker, Tan Sri Johari Abdul mahu memulakan aturan mesyuarat apabila Wan Ahmad Fayhsal bangkit bertanya berhubung usul tergempar dibawanya.

Bung Moktar, Zizie Izette lepas bebas kes rasuah RM2.8 juta
Susulan keputusan itu, Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid melepas dan membebaskan pasangan suami isteri itu daripada tuduhan berkenaan.

Semakan keputusan bela diri Bung Moktar, Zizie Izette didengar 7 Sept
Hakim menetapkan tarikh itu selepas peguam M. Athimulan yang mewakili Bung Moktar memaklumkan pihaknya memohon masa selama tiga minggu untuk memfailkan hujahan bertulis.

UMNO Sabah bantu kempen PRN di enam negeri - Bung Moktar
Jentera UMNO Sabah sedia membantu kempen pilihan raya di enam negeri di Semenanjung, yang dijadualkan pada 12 Ogos depan.

Bicara bela diri Bung Moktar, Zizie Izette tangguh
Prosiding bela diri Bung Moktar dan Zizie Izette, yang didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan dijadualkan selama sembilan hari bermula hari ini, ditangguhkan oleh Mahkamah Sesyen.

PRN 6 Negeri: UMNO Sabah bantu kempen di Selangor
Sebagaimana yang diamanahkan oleh UMNO Pusat, tumpuan jentera UMNO Sabah adalah bagi membantu kempen di Selangor, kata Bung Moktar.