Saksi pendakwaan ke-15 kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau belum pernah menjumpai kes kebakaran berpunca daripada letupan telefon jenis Blackberry.
Pegawai penyiasat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Abdul Halim Zulkefeli berkata beliau juga ada membuat kajian, bagi memastikan jika pernah wujud kes letupan telefon jenis itu, sehingga menyebabkan kebakaran sebelum ini namun tidak menjumpainya.
Menurut Abdul Halim, ketika menyiasat kes kebakaran yang berlaku di bilik tidur Nazrin pada 14 Jun 2018, beliau ada bertanya kepada isteri lelaki itu, Samirah Muzaffar, 44, mengenai telefon bimbit mangsa.
Katanya, Samirah memberitahu, Nazrin mempunyai banyak telefon bimbit termasuk jenis Blackberry menyebabkan beliau membuat kajian mendalam jika wujud kes kebakaran melibatkan peranti berkenaan.
"Sepanjang pengetahuan saya (sejak berkhidmat sebagai pegawai bomba), memang tiada (kes kebakaran melibatkan telefon bimbit Blackberry)," katanya ketika menjawab soalan Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor, Datuk Salim Soib@Hamid di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.
Ditanya oleh Salim bagaimana kajian yang dilakukan oleh pegawai bomba itu, Abdul Halim berkata siasatannya adalah berdasarkan kepada enjin pencarian Google.
Salim : Encik Halim sudah menyiasat banyak kes kebakaran. Ada tak kebakaran elektronik berpunca daripada telefon bimbit atau bateri telefon terbakar?
Abdul Halim : Tiada
Salim : (Jadi) Encik Halim tidak setuju dengan cadangan peguam sebelum ini mengatakan telefon bimbit meletup?
Abdul Halim : Ya
Salim : (Sambil merujuk kepada gambar lokasi kejadian yang dikemukakan kepada mahkamah) Adakah telefon bimbit meletup boleh menyebabkan kesan tompokan pada dinding?
Abdul Halim : Tidak, sebab kesan tompokan itu adalah akibat kebakaran, bukan letupan telefon (bimbit).
Salim : Kalau letupan apa-apa pun, bagaimana coraknya?
Abdul Halim : Jika berlaku letupan, mungkin akan terdapat serpihan benda berkecai, akan terdapat barang-barang bertaburan dan di situ memang akan nampak kesan letupan. Bagi kes ini, tiada kesan-kesan tersebut. Tiada kesan berkecai atau pecah.
Salim : Merujuk kepada bateri (telefon Blackberry), adakah keadaan bateri itu menunjukkan ia meletup?
Abdul Halim : Tidak, (hanya) keadaan fizikalnya (luaran) yang teruk berbanding dalamannya. Ini menunjukkan bateri (telefon itu) tidak mengalami sebarang letupan atau mencetuskan kebakaran. Bentuk bateri pun masih boleh di cam. Kalau berlaku letupan, nak cam pun tak boleh sebab ia berubah bentuk dan berkecai.
Dalam pada itu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Asyraf Ashy'ri Kamaruzzaman mengapa beliau tidak bersetuju dengan animasi bagaimana kejadian berlaku yang dikemukakan oleh pihak pembelaan di mahkamah, Abdul Halim berkata ia berikutan kedudukan bahan bukti dalam tayangan itu tidak sama seperti mana ditemuinya.
Kata beliau, tayangan animasi itu menunjukkan telefon bimbit mangsa berada di tepinya sedangkan semasa melakukan penyiasatan, peranti itu dijumpai pada kedudukan yang berbeza.
Malah kata Abdul Halim, beliau juga tidak menemui 'power bank' semasa menyiasat lokasi kejadian dan ia adalah berbeza dengan animasi dikemukakan pihak peguam bela, yang menunjukkan terdapat peranti itu di atas katil mangsa.
"Dalam siasatan saya pada tilam mangsa, memang tidak terdapat sebarang bangkai atau sisa powerbank atau mana-mana telefon (bimbit) terbakar melainkan Blackberry," katanya.
Pada 15 Jun 2018, media melaporkan kebakaran di bilik tidur Nazrin sehingga mengorbankan nyawanya disebabkan letupan satu telefon bimbit sama ada jenis Blackberry atau Huawei yang sedang dicas berhampiran katil mangsa.
Bagaimanapun, pada 3 Ogos 2018, polis mengklasifikasikan kes kematian Nazrin sebagai kes bunuh berdasarkan laporan bomba serta laporan bedah siasat.
Pada 12 Mac lepas, Samirah yang juga bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia, dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 serta 14 tahun didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, membunuh Nazrin.
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, Mutiara Damansara, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.
Tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 23 2019
Abdul Halim (kanan) ketika hadir memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan Nazrin di Mahkamah Tinggi Shah Alam, 13 Dis lalu. --fotoBERNAMA/Fail
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Bicara Cradle Fund: Saksi ke-15 tidak pernah temui kes kebakaran berpunca telefon bimbit
Abdul Halim Zulkefeli berkata beliau juga ada membuat kajian, bagi memastikan jika pernah wujud kes letupan telefon jenis itu, sehingga menyebabkan kebakaran sebelum ini namun tidak menjumpainya.
Kes Cradle Fund: Saksi ada terfikir kebakaran akibat perbuatan khianat
Pegawai penyiasat JBPM Selangor, memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau ada terfikir kebakaran di bilik tidur CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan, berpunca akibat perbuatan khianat.