awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
India, Malaysia akan bincang semakan perjanjian perdagangan semasa lawatan Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bicara kes peniaga sokong kumpulan Daish ditetapkan 14 hingga 16 Februari

Bernama
Bernama
23/01/2017
05:06 MYT
Bicara kes peniaga sokong kumpulan Daish ditetapkan 14 hingga 16 Februari
Tertuduh didakwa memberi sokongan kepada kumpulan Daish dengan cara menggunakan aplikasi Telegram atas nama Anonymous di dalam telefon bimbit miliknya. - Gambar hiasan
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 hingga 16 Februari untuk perbicaraan kes seorang peniaga yang menghadapi empat pertuduhan memberi sokongan dan memiliki bahan letupan berkaitan kumpulan militan Daish.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menetapkan tarikh itu selepas kes Mohd Shaifful Shahril Ramli, 28, disebut di hadapannya.
Mohd Shaifful diwakili peguam K.A.Ramu manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Syazwani Mohamad Sobry dan Muhammad Fadzlan Mohd Noor.
Tertuduh didakwa memberi sokongan kepada kumpulan Daish dengan cara menggunakan aplikasi Telegram atas nama Anonymous di dalam telefon bimbit miliknya, di Kampung Sri Indah B, Sungai Buloh, pada 18 Jun hingga 29 Jun 2016 mengikut Seksyen 130 J (1)(a) Kanun Keseksaan.
Tertuduh juga dituduh memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan yang melibatkan penggunaan bahan letupan dan perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk melanjutkan suatu perjuangan ideologi yang dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Malaysia menggunakan aplikasi Telegram menerusi telefon bimbit sama dan di tempat sama, pada 26 Jun hingga 29 Jun 2016 mengikut Seksyen 130 J (1)(b) Kanun Keseksaan.
Pertuduhan pertama dan kedua memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga didakwa memiliki barangan berunsur keganasan berkaitan kumpulan Daish iaitu sehelai baju sejuk yang mempunyai lambang kumpulan itu di alamat sama, pada 22 Julai 2016, pukul 9.45 pagi mengikut Seksyen 130 JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda dan boleh dilucuthak mana-mana barangan tersebut.
Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa memiliki bahan letupan yang mengandungi campuran 'sodium chlorate' dan 'sucrose' di tempat sama, pada 22 Julai 2016 mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom
#daish
#kes mahkamah
#kumpulan pengganas
#Mohd Shaifful Shahril Ramli
#senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan