MALAYSIA
Bicara kes rasuah pengarah Hydroshoppe pada 7 Mei
Abdul Hamid sebelum ini didakwa menawarkan suapan sebagai dorongan kepada Annuar, untuk mempercepat proses pengambilalihan pengurusan serta pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 17 hari bermula pada 7 Mei untuk perbicaraan kes seorang pengarah syarikat yang berdepan dengan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun, bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
Hakim Suzana Hussin menetapkan tarikh itu selepas dipersetujui oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Elyza Amira Habeeb Rahman dan peguam Tang Jia Yearn yang mewakili Pengarah Syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh.
"Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 7 dan 8 Mei, 5 Jun, 20 hingga 22 Julai, 28 Ogos, manakala Oktober pada 5 hingga 7, 19 hingga 21 serta 1 hingga 4 Dis 2026. Mahkamah juga menetapkan tarikh sebutan kes pada 18 Mac ini untuk pihak pendakwaan menyerahkan senarai saksi," kata Suzana.
Terdahulu, Elyza Amira memohon tarikh sebutan untuk pihaknya menyerahkan senarai saksi pendakwaan yang akan memberikan keterangan di mahkamah.
"Kita juga akan memaklumkan kepada mahkamah tentang status rayuan pihak pembelaan di Mahkamah Tinggi pada tarikh sebutan kes itu nanti," katanya yang turut memaklumkan tarikh pendengaran rayuan berkenaan pada 6 Mac ini.
Pihak pembelaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan kes membabitkan Abdul Hamid Shaikh dan Hydroshoppe Sdn Bhd dibicarakan bersama.
Pada 5 April 2023, Abdul Hamid Shaikh, 52, didakwa menawarkan suapan menerusi Datuk Tan Ser Lay sebagai dorongan kepada Annuar, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu, untuk mempercepat proses pengambilalihan pengurusan serta pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya antara Julai hingga Ogos 2022 mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.
Hydroshoppe turut berdepan pertuduhan sebagai organisasi komersial melakukan kesalahan bersekutu dengan tertuduh, iaitu menawarkan suapan kepada Tan bagi faedah Annuar dengan niat yang sama di lokasi dan tarikh serupa.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 17A(1)(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM1 juta, mengikut mana-mana lebih tinggi atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA

#pengarah syarikat Hydroshoppe
#menawarkan rasuah
#konsesi Menara Kuala Lumpur
#Annuar Musa
#Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh