Bicara kes salah guna kuasa, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 9 Mac 2026

Pada 22 Ogos lepas, Jabatan Peguam Negara menolak representasi Muhyiddin bagi menggugurkan tujuh pertuduhan terhadapnya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan melibatkan suapan berjumlah RM232.5 juta dan menerima wang RM200 juta hasil aktiviti haram akan bermula pada 9 Mac 2026 di Mahkamah Tinggi di sini.
Ringkasan AI
- Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula pada 9 Mac 2026 atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukan dengan suapan RM232.5 juta dan menerima wang haram RM200 juta.
- Hakim Noor Ruwena Md Nurdin tetapkan 29 hari untuk perbicaraan; jadual dengar kes pada pelbagai tarikh dari Mac hingga Ogos 2026.
- Muhyiddin tidak hadir hari ini; pendakwaan akan panggil kira-kira 30 saksi; tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram di bank antara Feb 2021 dan Julai 2022.
"Mahkamah menetapkan sebutan kes seterusnya pada 27 Nov ini," katanya yang turut menetapkan 18 Nov ini untuk mendengar permohonan Ahli Parlimen Pagoh itu bagi mendapatkan pasportnya secara sementara.
Muhyiddin tidak hadir pada prosiding hari ini setelah diberikan pengecualian oleh mahkamah.
Terdahulu, Wan Shaharuddin memaklumkan bahawa pendakwaan akan memanggil kira-kira 30 saksi.
Pada 22 Ogos lepas, Jabatan Peguam Negara menolak representasi Muhyiddin bagi menggugurkan tujuh pertuduhan terhadapnya.
Muhyiddin, 78, yang ketika kejadian memegang jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti berkenaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Beliau juga berdepan tiga pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM200 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun Ambank dan CIMB Bank milik Bersatu di cawangan bank berkenaan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur antara Februari 2021 dan Julai 2022.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


