KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman fitnah ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap aktivis, Mona Din ditetapkan selama empat hari bermula 14 Ogos depan di Mahkamah Sesyen di sini.
Saman itu membabitkan beberapa hantaran berbaur fitnah oleh Mona atau nama sebenarnya Che Muna Din, 56, di akaun Facebook miliknya berhubung isu pemenjaraan bekas isteri SM Faisal, Emilia Hanafi.
Menurut peguam Ummi Kartini Abd Latiff yang mewakili SM Faisal, perbicaraan kes saman itu ditetapkan pada 14 hingga 17 Ogos 2023 di hadapan Hakim Azian Othman.
"Tarikh 3 Julai 2023 ditetapkan untuk pengurusan kes sebelum perbicaraan," kata peguam itu ketika dihubungi, hari ini.
Dalam saman difailkan pada 17 Ogos lepas, SM Faisal, 43, selaku plaintif mendakwa defendan (Che Muna) memuat naik empat hantaran berbaur fitnah dalam akaun Facebook miliknya, Mona Din antara 29 Jun hingga 20 Julai lepas.
Dakwa plaintif, hantaran-hantaran tersebut antara lain menggambarkan beliau adalah seorang yang kejam, tidak bertimbang rasa dan menyebabkan trauma kepada bekas isterinya selain didakwa menggunakan wang serta pangkatnya untuk memanipulasi sistem keadilan di negara ini.
Sementara itu, Che Muna dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 28 Sept lepas, mendakwa hantaran berkenaan merupakan komen adil dan berpatutan kerana isu tersebut berkepentingan awam.
Berhubung satu lagi kes saman fitnah membabitkan penyanyi rap Caprice, peguam berkenaan memberitahu mahkamah menetapkan 27 Dis ini untuk pengurusan kes.
"Pihak-pihak perlu memaklumkan kepada mahkamah status (perbincangan) penyelesaian secara baik pada pengurusan kes akan datang (27 Dis)," kata peguam itu.
Pada 15 Ogos lepas, SM Faisal menyaman Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, sebagai defendan atas dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah di Instagram miliknya, yang mengaitkan ahli perniagaan itu dengan kes Emilia.
SM Faisal mendakwa hantaran fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau seorang lelaki yang kejam dan semberono mahu memenjarakan bekas isterinya, selain tidak bertimbang rasa dan bertindak agresif terhadap kaum wanita atau kanak-kanak.
Pada 4 Sept 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari terhadap Emilia atas kesalahan menghina mahkamah selepas ingkar perintah kerana mengubah tarikh lawatan tiga anak lelakinya yang kini berusia antara 10 dan 16 tahun untuk bersama bapa mereka, SM Faisal.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
Dalam saman difailkan pada 17 Ogos lepas, SM Faisal, 43, selaku plaintif mendakwa defendan (Che Muna) memuat naik empat hantaran berbaur fitnah dalam akaun Facebook miliknya. - Fail/BERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Kes saman selesai, Caprice mohon maaf kepada SM Faisal
Kes saman Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap Caprice, selesai secara baik selepas penyanyi rap itu membuat permohonan maaf kepada ahli perniagaan berkenaan di mahkamah.
Emilia tarik balik kes, SM Faisal dilepas, dibebaskan
Mahkamah Majistret melepas dan membebaskan Datuk SM Faisal SM Nasimuddin daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya Emilia Hanafi, lapan tahun lalu.
Mahkamah benarkan perenggan kenyataan Emilia digugurkan
Majistret Nadia Othman memutuskan demikian semasa prosiding kes Emilia, yang didakwa dipukul SM Faisal, lapan tahun lalu.
Bicara kes saman fitnah SM Faisal terhadap aktivis Mona Din bermula 14 Ogos 2023
Perbicaraan kes saman fitnah ahli perniagaan, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal terhadap aktivis, Mona Din ditetapkan selama empat hari bermula 14 Ogos depan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 25 Nov
Perbicaraan kes SM Faisal yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Emilia yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan ke 25 Nov.
Bekas isteri SM Faisal gagal cabar prosiding komital di Mahkamah Syariah
Emilia Hanafi gagal memperoleh kebenaran bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang memulakan prosiding komital terhadapnya.
Bicara kes SM Faisal cederakan bekas isteri ditangguh 8 Sept
Perbicaraan kes ahli perniagaan terkenal Datuk SM Faisal SM Nasimuddin yang didakwa menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya ditangguh.
12 keping foto dirakam di rumah SM Faisal - Jurufoto polis
Kesemua gambar itu dirakam pada 27 Nov 2015 selepas beliau menerima arahan daripada pegawai penyiasat kes itu iaitu Inspektor Rosnani Ramli.
PM Najib sertai Larian Obor KL 2017
Perdana Menteri menyempurnakan larian beliau bermula dari pekarangan KLCC ke Menara Naza di Persiaran KLCC.