MALAYSIA
Bicara kes saman fitnah Tuan Ibrahim terhadap Rafizi bermula 8 Sept ini
Perbicaraan kes saman fitnah di antara Tuan Ibrahim (kanan) dan Mohd Rafizi (kiri) akan berlangsung selama enam hari pada September di Mahkamah Tinggi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman fitnah difailkan oleh bekas Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dijadualkan berlangsung selama enam hari pada September di Mahkamah Tinggi di sini.
Ringkasan AI
Saman itu difailkan pada 17 Nov 2022 berhubung kenyataan yang didakwa berbaur fitnah mengenai kelulusan beberapa projek termasuk projek tebatan banjir kepada sebuah syarikat.
Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Tuan Ibrahim berkata Hakim Datuk Aliza Sulaiman menetapkan 8, 9, 10, 11, 29 dan 30 Sept ini untuk perbicaraan dan perkara itu turut disahkan peguam Nik Zarith Nik Moustpha yang mewakili Mohd Rafizi.
Kedua-dua bekas menteri itu tidak hadir pada prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam kamar.
Dalam pernyataan tuntutan, Tuan Ibrahim mendakwa Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada dua sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya yang turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube defendan (Mohd Rafizi) pada 7 dan 9 Nov 2022.
Kenyataan itu didakwa membawa maksud beliau terlibat meluluskan projek bernilai RM2 bilion kepada sebuah syarikat bagi Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat, serta projek loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembentungan di Kinta dan Petaling Jaya, berjumlah lebih RM2.3 bilion.
Beliau juga dituduh berkomplot secara rahsia dengan Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam penganugerahan projek di bawah Program Jana Wibawa.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perbicaraan kes saman fitnah antara Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohd Rafizi Ramli akan berlangsung selama enam hari pada September di Mahkamah Tinggi.
- Saman difailkan berhubung dakwaan kenyataan fitnah mengenai kelulusan projek bernilai lebih RM4 bilion dan penglibatan dalam Program Jana Wibawa.
- Mahkamah akan menilai bukti kenyataan yang dibuat dalam dua sidang media dan disiarkan secara langsung di YouTube pada November 2022.