Biden kekal tidak sokong pencerobohan di Rafah
Astro Awani
April 29, 2024 08:00 MYT
April 29, 2024 08:00 MYT
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengulangi pendirian tidak akan menyokong operasi Israel ke atas Rafah tanpa rancangan kemanusiaan yang sesuai dan boleh dipercayai.
Mesej itu disampaikan menerusi perbualan telefon dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad.
Kedua-dua pemimpin kali terakhir bercakap pada 13 April, selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu dan dron terhadap Israel.
Biden dan Netanyahu dilaporkan mengkaji semula rundingan yang dirangka untuk membebaskan beberapa tebusan yang ditahan sejak serangan 7 Oktober ditambah dengan gencatan senjata serta-merta di Gaza.
Mereka juga membincangkan peningkatan kadar penghantaran bantuan, termasuk persediaan untuk membuka lintasan baharu ke Gaza.