MALAYSIA

Bijak urus wang, bijak simpan emas dengan Bursa Gold Dinar

Nabilah Khaleeda 12/01/2026 | 03:37 MYT
Pelaburan emas kini lebih mudah diakses oleh semua golongan masyarakat Malaysia dengan modal serendah RM10 melalui aplikasi Bursa Gold Dinar yang selamat dan patuh Syariah. - Gambar Bursa Malaysia
KUALA LUMPUR: Ramai yang menyangka pelaburan emas hanya untuk golongan berpendapatan tinggi namun hakikatnya kini semua golongan boleh mula menyimpan emas dengan modal serendah RM10 sahaja.


Ringkasan AI
  • Pelaburan emas kini lebih mudah diakses oleh semua golongan masyarakat Malaysia dengan modal serendah RM10 melalui aplikasi Bursa Gold Dinar yang selamat dan patuh Syariah.
  • Bursa Gold Dinar menyediakan fleksibiliti kepada pengguna untuk menjual atau mengeluarkan pelaburan emas mereka pada bila-bila masa tanpa halangan, dengan jaminan emas fizikal berkualiti tinggi (999.9) yang disimpan selamat oleh Bursa Malaysia.
  • Aplikasi ini menawarkan kelebihan seperti tukaran emas digital kepada emas fizikal, pindahan emas kepada keluarga atau rakan, notifikasi harga emas terkini, pusat informasi zakat, dan lapisan perlindungan tambahan BursaSecure untuk keselamatan maksimum pengguna.


Melalui aplikasi Bursa Gold Dinar yang merupakan platform digital pelaburan emas ditawarkan dan dikawal selia oleh Bursa Malaysia, pelaburan emas kini menjadi lebih mudah, selamat dan patuh Syariah membolehkan rakyat Malaysia memiliki, menyimpan dan memantau nilai emas mereka dalam satu aplikasi yang mesra pengguna.

Bursa Gold Dinar diperkenalkan untuk menjadikan pelaburan emas lebih inklusif dan mampu milik, sekaligus mengubah persepsi bahawa pelaburan hanya untuk mereka yang berkemampuan.

Dengan aplikasi ini, pengguna boleh mula menabung emas walaupun dengan bajet kecil, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.



Antara kelebihan utama yang ditawarkan Bursa Gold Dinar ialah fleksibiliti yang membolehkan pengguna menjual atau mengeluarkan pelaburan mereka pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan.

Setiap pelaburan dan setiap pembelian di Bursa Gold Dinar dijamin dengan sandaran emas fizikal sebenar yang berkualiti tinggi (999.9) dan emas ini disimpan dengan selamat oleh Bursa Malaysia bagi pihak anda, melalui pengaturan penjagaan yang telah ditetapkan.

Lebih menarik, setiap 4.25 gram emas digital yang dimiliki boleh ditebus kepada emas fizikal sekaligus memberi pengguna pilihan untuk memiliki emas dalam bentuk sebenar.

Melalui aplikasi ini juga, pengguna boleh memindahkan emas kepada ahli keluarga atau rakan.

Tidak ketinggalan, ciri Notifikasi Harga Tersuai (Price Alerts Notification) membolehkan pengguna menerima notifikasi terkini apabila harga emas berubah mengikut pasaran semasa.

Ini membolehkan pengguna membuat pelaburan dengan keputusan yang lebih tepat dan tidak terlepas peluang yang ada.

Menurut laporan pasaran global, harga emas telah meningkat naik sebanyak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun terakhir, membuktikan nilainya kekal kukuh serta menjadi pelindung terhadap inflasi.

Aplikasi ini turut menyediakan Pusat Informasi Zakat (Zakat Information Centre) bagi memudahkan pengguna menjejak kewajipan zakat mereka. Ia selaras dengan nilai-nilai Islam dan semestinya merupakan pelaburan yang patuh Syariah.

Platform ini turut menampilkan masa dagangan yang panjang dari subuh hingga senja, memberi peluang pelabur untuk berdagang mengikut keselesaan masing-masing.

Untuk keselamatan maksimum, Bursa Gold Dinar juga dilengkapi dengan fungsi ‘BursaSecure’, ia adalah sebuah lapisan perlindungan tambahan, direka khas bagi memastikan emas digital anda kekal selamat dan terjamin.

Dengan BursaSecure, ia memerlukan anda untuk mengesahkan setiap aktiviti penting secara terus di dalam aplikasi Bursa Gold Dinar, bagi memastikan setiap transaksi dan perubahan akaun hanya boleh dilakukan oleh anda, dan hanya anda.

Dengan Bursa Gold Dinar, matlamatnya jelas, menjadikan pelaburan emas mudah diakses, telus dan boleh dipercayai untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang atau tahap pendapatan.

Untuk mereka yang ingin mencuba, Bursa Gold Dinar kini menawarkan promosi eksklusif.

Cara-cara mendaftar adalah seperti berikut:

- Muat turun aplikasi Bursa Gold Dinar di Apple App Store atau Google Play Store
- Daftar akaun baharu
- Masukkan kod promosi ‘EMAS’
- Lakukan pembelian pertama bernilai RM100 untuk menikmati ganjaran emas percuma anda

Daftar akaun baharu dengan kod promosi “EMAS” untuk menerima 0.02 gram emas percuma apabila anda membuat pembelian pertama bernilai minimum RM100.

Untuk maklumat lanjut, layari www.bgd.bursamalaysia.com .

Promosi ini tertakluk kepada ketersediaan.


#Bursa Gold Dinar #pelaburan emas #Bursa Malaysia